Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2011

Salam sejahtera buat semua.

Khabar Angin Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Sejak saya menulis mengenai sebuah entri yang bertanyakan bilakah tarikh pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, banyak pertanyaan dan info yang diberikan melalui ruangan komen oleh kebanyakan pelajar Tingkatan 3.

Adalah dimaklumkan di sini, bahawa tarikh yang saya maksudkan di dalam entri tersebut adalah tekaan saya sahaja dan bukannya satu tarikh yang memang telah pasti. Lagipun, saya sudah nyatakan di dalam entri berkenaan bahawa tarikh tersebut hanyalah telahan saya berdasarkan tarikh pengumuman PMR pada tahun-tahun sebelumnya.

Setakat hari ini, saya tiada menerima sebarang maklumat yang boleh diyakini sebagai tarikh rasmi pengumuman keputusan PMR 2011. Namun, berikut adalah beberapa komen yang dikongsikan oleh pembaca di ruangan komen yang menyatakan tentang khabar angin yang tersebar.

sy dpt tahu dr cikgu sek men teknik yg dtg bg ceramah dkt sek sy,dia kt dia baru balik dr mesyuarat dgn kementerian pelajaran,so dia bgtau dkt kami semua.Diconfirmkan lg dgn kwn ayah sy,PK Hem satu sek nie.So,saya rasa betul la kot 16 Dis.Kalo ya,bagusla,sy memang x sabar nak tau result.Hrp2 8A dlm tgn,AMIN!!!!

Nampaknya khabar angin tentang keputusan bakal diumumkan pada 16 Disember adalah yang paling tersebar dan dipercayai oleh pelajar Tingkatan 3. Tarikh yang dikhabarkan ini adalah awal seminggu daripada tekaan tarikh yang saya berikan. Walauapapun, adalah terbaik untuk kita sama-sama menunggu sehingga tarikh rasmi tersebut diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tidak kurang juga yang bertanya tentang semakan keputusan PMR 2011 secara online. Kalau secara SMS tu, mungkin ada. Tapi semakan result PMR secara online mungkin tidak ada. Apapun, kita nantikan pengumuman rasmi.

beliamuda: Bersabar semua…

Comments

11 responses to “Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2011”

  1. […] desas-desus tarikh pengumuman PMR 2011 yang dijangkakan jatuh pada 16 Disember ini kemungkinan tidak tepat sama sekali kerana kebiasaannya […]

  2. zana aida Avatar
    zana aida

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh keputusan peperiksaan
    PMR jatuh pada 22 / 12 / 2011 . Sila sebarkan mesej ini kepada calon PMR yang lain .

    # -,- 10 more days to go GOOOD LUCK!

    1. beliamuda Avatar

      @zana aida, Mana dapat berita ni? Adakah telah disiarkan secara rasmi oleh KPM?

      1. Din Ismail Avatar
        Din Ismail
    2. ezzy_shah Avatar
      ezzy_shah

      @zana aida, serius ker???

      1. f@1z Avatar
        f@1z

        @ezzy_shah,
        confirmm
        22 dis

  3. eyqa bobo Avatar
    eyqa bobo

    semakin berdebar rasa 😀
    wish me luck hope 8A !!!
    AMIN <3

  4. botak_chin Avatar

    Berdebar2 8A haaaaaa

  5. pika Avatar

    kami tak sabar lagi keputusan pmr ni
    kami rasa dapat 8c la . kalau 8D

  6. izu Avatar

    semoga lulus dengan keaDAN BAIK

  7. […] Nampaknya, desas-desus tarikh pengumuman PMR 2011 yang dijangkakan jatuh pada 16 Disember ini kemungkinan tidak tepat sama sekali kerana kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyiarkan sebaran media berkenaan tarikh keputusan PMR diumumkan seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi dan analisa di Putrajaya. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge