(Video) PETRONAS Deepavali 2011 TVC: Pursuit of Perfection

Salam sejahtera buat semua.


[PETRONAS Deepavali 2011 TVC]

Seperti amalan kebiasaan PETRONAS apabila tibanya musim perayaan utama, mereka akan mengeluarkan paparan Television Commercial (TVC) sebagai meraikannya. Tinggal lebih kurang seminggu lagi sebelum perayaan Deepavali 2011, maka satu lagi TVC berkaitan dihasilkan.

TVC bagi meraikan perayaan Deepavali pada tahun ini bertajuk Pursuit of Perfection yang dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil. TVC kali ini agak ringkas dengan paparan video sebuah keluarga dalam proses menyiapkan juadah nasi beriani dengan suara latar komentar berkenaan persoalan kebahagiaan dalam hidup seperti yang ditulis semula dalam baris ayat dibawah.

Apakah erti kebahagiaan dalam hidup?
Adakah dengan berganding bahu, saling membantu atau bijak membezakan yang baik daripada yang buruk?
Mungkinkah terletak pada kesanggupan untuk sama memikul beban
Atau barangkali pada keazaman menyempurnakan tanggungjawab?
Dan Bersyukur atas nikmat dan anugerah yang ada di tangan kita
Mungkin apabila kita merenung kehidupan yang dilalui
Kita sedar, bahawa kebahagiaan yang kita cari
Bermula dengan cahaya yang terbit dari hati sanubari

beliamuda: Walaupun TVC ini tidak memberikan kesan emosi kepada penonton seperti TVC PETRONAS sebelum ini, ianya tetap sarat dengan pesanan berkenaan kehidupan yang patut direnungi oleh semua.

Comments

3 responses to “(Video) PETRONAS Deepavali 2011 TVC: Pursuit of Perfection”

  1. zuls Avatar

    bagi aku, video kali ni memang bermakna kalau betul-betul dihayati.

  2. penaberkala Avatar

    terliur boh tengok nasi dio buat
    tringat ko beriayani chicken,haha

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, beriyani chicken ni demo makey mano plok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge