Salam sejahtera buat semua.
Sesekali menerima ucapan selamat berpuasa daripada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, sedikit sebanyak membuatkan saya bersyukur menyambut Ramadhan di sini. Walaupun jauh juga dari kampung halaman, namun masih lagi berpeluang untuk bersama-sama dengan muslim yang lain dalam suasana yang selesa.
Telahan saya, mungkin kemeriahan menyambut bulan Ramadhan di perantaun mungkin jauh berbeza, terutamanya jika berpuasa di negara yang majoriti penduduknya bukan beragam Islam.
Di bawah ini adalah sebuah ucapan yang dititipkan oleh Emma dalam entri tarikh melihat anak bulan puasa 2011.
Salam Bahagia.
Tahun ini kami menyambut bulan puasa al-mubarak di USA, tidak menjadi masalah kerana ramai yang dari Saudi Arab dan Turki beragama islam di sini dan semuanya bahagia dan ramai nya dari Malaysia pun yang menetap di State. Dan ingin saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak kepada semua saudara di Malaysia muslimin dan muslimat. emmmm….apa apa pun sedapnya cendol dan kuih lopis bersertakan gula hitam pekat emmm… teringat dekat mak di kampung daging masak hitam dan ikan keli bakar cecah air asam limau dengan cabai melaka.fuhhhh… pedas pecah kepala di buat nya.
beliamuda: Kalau tak silap, umat Islam yang berada di hemisfera utara berpuasa lebih lama daripada yang berada di hemisfera selatan.

Leave a Reply