Suasana Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar

Salam sejahtera buat semua.

Suasana Pesta Durian Perak 2011

Semacam terlewat untuk mengemaskini blog dengan entri Pesta Durian Perak 2011 yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2011 yang lalu di Dataran Long Jaafar. Namun, persetankan sahaja semua itu kerana tiada benda lain yang boleh mengisi beliamuda {dot} com buat masa ini.

Sebaik sahaja habis Pesta Durian Perak 2011, saya ada menyebutkan untuk menceritakan sedikit sebanyak suasana di sekitar majlis tersebut. Maka, inilah dia entri sebagai memenuhi kata-kata saya tersebut. Pada asalnya, saya berada dalam dilema untuk membuat keputusan sama ada untuk ke pesta durian ini atau tidak.

Akhirnya, selepas sedikit sebanyak pencerahan yang dilakukan, saya membuat keputusan untuk ke Pesta Durian Perak 2011 yang akhirnya menjadi sebuah kembara yang menarik buat saya dan rakan-rakan. Ikuti gambar-gambar terpilih Pesta Durian Perak 2011.

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Orang ramai sedang menunggu majlis perasmian tamat sebelum boleh makan durian percuma

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Para hadirin semasa majlis perasmian Pesta Durian Perak 2011

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Geng kami yang lain makan bersama-sama, tetapi tiga orang terpisah dan makan bersama-sama dengan geng UPSI

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Sisa kulit durian ditinggalkan di atas meja

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Persembahan kebudayaan selepas majlis perasmian sambil VIP menyantap durian

Os dan Maskot Pesta Durian Perak 2011
Os yang membuat persembahan lagu Durian Berbunga bergambar dengan maskot durian

Sidang Media Pesta Durian Perak 2011
VIP sedang mengadakan sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Gerai-gerai pertanian yang dibuka di bahagian luar kawasan pesta durian di Dataran Long Jaafar

Suasana Pesta Durian Perak 2011
Nampak macam sikit, tapi kenderaan berasak-asak di jalan masuk ke Dataran Long Jaafar

beliamuda: Selepas selesai meratah durian di sini, kami menuju ke Taiping. Kisah selanjutnya akan bersambung…

8 thoughts on “Suasana Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar

    • @afiq aiman, tu la… makan banyak sangat, kepanasan la.. petua orang tu, lepas makan tu, minum la air dalam pasung durian. rasa sejuk la sikit…

    • @hazwan, kalau kena yang tak best, kat mana2 pun sama. aku puas hati habis sebijik durian yang memang sedap giler, lemak berkrim yang diberi oleh orang kg kepada rumet. Tapi dia tak makan, jadi aku habiskan semua~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge