Salam sejahtera buat semua.
1. Pahit itu ubat. Manis itu penyakit. Mana datang pernyataan ni pun saya kurang tahu. Sekarang ni yang manis pun boleh jadi ubat kalau dah ubat yang pahit tu ada perasa manis. Teknologi makanan/ubat.
2. Sepahit mana ubat yang diberi oleh doktor sebagai penyembuh kepada penyakit, tetap kena makan jugak kalau nak baik. Telan juga walapun penuh dugaan.
3. Kalau ubat Panadol (nama komersil), KK (kalau biasa ambil dari hospital Kerajaan) atau paracetamol (nama sebenar) tu korang rasa dah cukup pahit, saya rasa ubat tu macam dah takde rasa.
4. Saya ni semacam fobia sikit kalau makan ubat tablet. Sebesar ubat selsema (antara ubat tablet yang paling kecil, biasanya antihistamin) pun rasa macam nak kena pecahkan dengan gigi. Nak kena kunyah dulu.
5. Mengimbau pengalaman lalu, saya pernah tertelan gula-gula perasa oren semasa berada di sebuah klinik. Mungkin sejak tu rasanya saya jadi fobia nak telan tanpa mengunyah. Mungkinlah.
6. Setakat ni, antiobiotik la yang paling pahit sekali rasanya. Pahit antibiotik ni pelik sikit. Pahit yang sampai dalam tekak terasa. Kalau korang belum pernah cuba, korang takkan faham macam mana perasaan saya menguyah tablet antibiotik. Boleh muntah.
7. Sekarang ni dah boleh telan ubat tablet tu tanpa perlu dipecahkan lebih kecil atau dikunyah. Tapi sekali-sekala tu rasa payah nak telan masih ada. Ada cara mudah tak nak atasi masalah ni?
beliamuda: Membebel pasal ubat ni sebab ada orang degil tak nak makan ubat. Sekarang ni cuaca sekejap panas, sekejap hujan. Ada la yang sakit tekak, demam, selsema dan batuk. Semoga cepat sembuh.

Leave a Reply