Salam sejahtera buat semua.
Siapa kata bidang jurutera kimia tidak memerlukan skil melukis? Siap ada satu subjek khas iaitu Engineering Design (tapi lukisan guna perisian la β AutoCAD). Dalam subjek ni la belajar untuk melukis peralatan yang digunakan dalam chemical plant seperti vessel, reactor, furnace, distillation column, heat exchanger dan lain-lain lagi. Semua ni ada standard lukisan yang perlu dipatuhi.
Gambar di atas adalah lakaran gambar skematik (baca: schematic diagram) khas untuk process control system yang digunakan untuk mengawal unit operasi tersebut. Kalau dalam Chemical Process Dynamic and Control (CPDC) dulu hanya belajar sistem yang ringkas, dalam Multivariable Process Control (MPC) lagi kompleks.
Tengoklah susunan sistem kawalan dalam gambar di atas, ada pelbagai strategi yang digabungkan bersama; feedforward control, feedback control, ratio control, dan override control.
beliamuda: Engineers love to simplify thingsβ¦

Leave a Reply