Snippet: Viva Projek Tahun Akhir (FYP)

Salam sejahtera buat semua.

Presentation

1. Akhirnya, tamat juga sesi viva atau pembentangan bagi Projek Tahun Akhir (FYP) bersama-sama dengan dua orang pemeriksa (baca: examiner) yang kedua-duanya merupakan pensyarah expatriat.

2. Pemeriksa dalam (baca: internal examiner) ialah Dr Nejatollah dan pemeriksa luar (baca: external examiner) ialah Prof. Duvvuri Subarrao. Padahal kedua-dua adalah pensyarah UTP daripada Chemical Engineering Department. Tiada pemeriksa daripada industri untuk kumpulan saya.

3. Tajuk Projek Tahun Akhir saya ialah “Removal of Zn(II) ions from Aqueous Solution using Activated Carbon Prepared from Rice Husk Treated with Sodium Hydroxide”. Panjang betul tajuk.

Continue reading

Lakaran Tangan Seorang Bakal Jurutera

Salam sejahtera buat semua.

Lakaran Cascade Control

Siapa kata bidang jurutera kimia tidak memerlukan skil melukis? Siap ada satu subjek khas iaitu Engineering Design (tapi lukisan guna perisian la – AutoCAD). Dalam subjek ni la belajar untuk melukis peralatan yang digunakan dalam chemical plant seperti vessel, reactor, furnace, distillation column, heat exchanger dan lain-lain lagi. Semua ni ada standard lukisan yang perlu dipatuhi.

Continue reading