Salam sejahtera buat semua.
Baru semalam bertanya kepada Faris tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) @ Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011, sebab seingat saya KLIBF 2010 diadakan sekitar bulan Mac. Masa tu saya ada mengirimkan novel Cinta Sufi kepada seorang rakan.
PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi daripada pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.
Penganjuran KLIBF 2011
PBAKL / KLIBF 2011 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatu Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Saya turut menjangkakan novel seterusnya (selepas Rayyan Fantasi) oleh Ramlee Awang Murshid yang telah pun dihantar manuskrip kepada penerbit iaitu Sutera Bidadari mungkin akan menemui peminat semasa PBAKL 2011.
Bagi ulat buku yang memang tidak akan melepaskan kunjungan ke PBAKL 2011 ni, jangan lupa untuk mula menyimpan duit bagi mendapatkan buku yang diinginkan dan buku-buku yang bakal menyebabkan anda serba salah jika tidak memilikinya di 749 gerai pameran dari dalam dan luar negara.
beliamuda: Untuk lebih lanjut mengenai PBAKL 2011 / KLIBF 2011 boleh rujuk di sini.


Leave a Reply