Google Doodle: Sambutan Ulang Tahun ke-200 Pencipta Penunu Bunsen

Salam sejahtera buat semua.

Penunu Bunsen

Dah lama tak menulis mengenai Google Doodle. Sebelum ni, ada beberapa doodle terbaru daripada Google yang dilepaskan, namun tidak sempat untuk saya kongsikan atau saya sendiri tidak sedar.

Kali ini, Google Doodle kembali lagi dengan doodle bersempena ulang tahun kelahiran ke-200 Robert Bunsen iaitu pencipta penunu bunsen yang digunakan dalam kebanyakan makmal biasa untuk pemanasan. Setiap pelajar yang pernah masuk dalam makmal, mesti akan kenal dengan penunu bunsen @ bunsen burner.

Jika logo Google yang memaparkan doodle kali ini ditekan, ia akan membawa kepada carian dengan kata kunci “Robert Bunsen”. Gambar doodle yang dipaparkan kali ini adalah dalam bentuk animasi, namun bukanlah animasi flash ataupun GIF.

Penunu Bunsen

Mungkin siri animasi pergerakan gambar kali ini adalah hasil manipulasi javascript. Gambar yang dipaparkan hanyalah dalam format PNG.

beliamuda: Korang pernah terbakar tangan sebab terkena penunu bunsen?

Comments

4 responses to “Google Doodle: Sambutan Ulang Tahun ke-200 Pencipta Penunu Bunsen”

  1. naimulfirdaus Avatar

    hehe, akhirnya sekarang kita dapat gunakan gas api secara bebas..

    1. beliamuda Avatar

      @naimulfirdaus, tapi gas pulak dah makin berkurang sekarang ni, tambah2 dengan kenaikan harga lagi..

  2. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    lama gila x pakai penunu bunsen. aku buat labwork pakai hotplate je. lagi selamat. wakakakakakaka

    1. beliamuda Avatar

      @fiffy syafiqa hazirah, tak feel la kalau pakai hotplate. pakai penunu bunsen lagi best! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge