Semakan Keputusan Pengambilan Kedua ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat mulai 21 Feb 2011 menerusi laman web MARA.

Pengambilan ini adalah bagi mengisi 1,370 tempat atau 13.7 peratus kekosongan iaitu 1,250 tempat bagi Tingkatan 1 dan 120 tempat untuk Tingkatan 4.

Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 1 Tahun 2011

Keputusan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi tahun 2011 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 1.

Ada 1,250 pelajar lepasan UPSR 2010 yang berpeluang terpilih untuk masuk ke MRSM bagi tahun 2011.

Semakan Pengambilan Kedua Tingkatan 4 Tahun 2011

Keputusan kemasukan ke Tingkatan 4 bagi tahun 2011 boleh dilakukan melalui pautan semakan pengambilan kedua Tingkatan 4.

Ada 120 pelajar lepasan PMR 2010 yang berpeluang terpilih untuk masuk ke MRSM bagi tahun 2011.

Maklumat Tambahan

Kumpulan pelajar pengambilan kedua ini akan mendaftar serentak pada 1 Mac ini.
Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 dan 15,873 tempat bagi Tingkatan 4 bagi sesi 2011.

Daripada jumlah itu, MARA menawarkan 10,000 tempat iaitu 6,500 tempat untuk Tingkatan 1 dan 3,500 tempat untuk Tingkatan 4.

Pelajar bagi sesi 2011 mendaftar pada 7 Februari lepas di 46 MRSM di seluruh negara manakala MRSM Mukah, Sarawak, mendaftar pada 7 Mac ini.

Berita daripada BERNAMA

beliamuda: Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih!

15 thoughts on “Semakan Keputusan Pengambilan Kedua ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2011

    • @ADI,
      jgn risau….mngkin ada hikmahnya…saya dlu pon x dpt msuk waktu form 1…so, usah sungguh2 utk msuk waktu tingkatan 4 nanti..alhamdulillah saya dpt msuk MRSM FELDA Trolak tahun ni…amin!!!

  1. salam..tahniah kpd kengkawan yg berjaya utk panggilan kedue..sedangkan ade plajar yg dpt 3A dpt ke mrsm…sye yg 5A dn kawan sye 4A tidak berjaya….,

  2. Anak saya berjaya mendpt pangambilan kedua MRSM. Walaubgimanapun sy tak dapt menghantar beliau ke sana kerana dibantah oleh ayahnya yg tak bersetuju anaknya ke MRSM

      • @beliamuda, alasan dari ayahnya ialah:-
        1) Lokasi MRSM yang jauh. MRSM Lenggong, Perak, Kami di N.S.
        (kami mohon MRSM Alor Gajah)
        2) Keadaannya yang sibuk berniaga tak tentu masa, takut tak dapat melawat anak.
        3) Risau kalau anak sakit.
        Alasan yang sukar untuk saya terima. Sbgai ibu saya amat kecewa. Mmg telah menjadi impian sy untuk keluarkan anak dari kongkongan ayahnya. Tak suka anak aktif di luar. takut anak bercampur dgn budak2 nakal dan tercedera dan sebagainya. Kasihan anak saya cuma laptop teman baiknya.
        Pendaftaran 1 mac ini, maka tipislah harapan saya. Walaubagaimana pun sy redha dan tidak akan mematahkan semangat sy utk memberikan yg terbaik buat anak saya. Sy bangga anak sy tidak menunjukkan kehampaan diwajahnya sedangkan dihatinya siapa yang tahu……

        • @Nora, saya merupakan pelajar MRSM lenggong , perak ( form 1 ) . Saya ada seorang rakan yang juga berasal dari negeri sembilan (form 1 ) dan saya dapati dia mudah menyesuaikan diri di sana .

  3. anak saya pellajar paling cemerlang di sekolah yang ditarif sebagai sek luar bandar mengikut kata guru anak saya tapi tak dapat SBP kebanyakan atau hampir semua pelajar yg terpilih ke SBP terdiri darpda anak guru-guru atas dasar temuduga yg dibuat oleh sekolah SBp soalnya siapakah yng menentukan panggilan temuduga itu..ALHAMDULLILLAH anak saya dan rakannya yangtak berjaya ke SBP hampir semua diterima ke MRSM sekalung budi pihak MARA

    • @pakcik ikhlas, well, pasal temuduga tu, saya tidak pasti. tapi kebanyakan pelajara cemerlang yang tidak dapat masuk SBP, akan ada peluang kemasukan ke MRSM. Jangan risau, MRSM pun tidak kurang hebatnya.

  4. tolong la sy..ta boleh na check keputusan mrsm,,,pge error je,,tolong la..bru ni sy dapt check,,kate slewat-lewatnya sblm april,,tolg la sy,,

  5. kwn-kwn kls ramai pindah ke mrsm
    tp sye x pindah pun
    nanti sye belajar sorang-sorang dlm kls sbb semue org gi mrsm
    sedihnye………… T.T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge