Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

Menanti tarikh pengumuman keputusan SPM pastinya mendebarkan buat pelajar lepasan SPM 2010. Mana taknya, bermacam-macam komen yang beraneka ragam boleh dibaca dalam entri teka-teki tarikh keputusan SPM 2010.

Dalam entri tersebut jugaklah lahirnya pelbagai spekulasi tarikh keputusan SPM 2010. Pelbagai tarikh diberikan dan ada empat tarikh yang paling menjadi sebutan ramai. Berikut adalah tarikh-tarikh tersebut:

  • 24 Februari 2011 (berlalu pergi begitu sahaja)
  • 28 Februari 2011 (seminggu selepas keputusan STPM 2010)
  • 14 Mac 2011 (antara tarikh terawal yang menjadi pilihan ramai)
  • 23 Mac 2011 (turut ada yang meneka tarikh ini atas beberapa sebab)

Dalam kebanyakan tarikh yang dinyatakan di atas, saya secara peribadinya merasakan keputusan SPM 2010 bakal diumumkan dalam bulan Mac 2011 dan tarikh yang menjadi pilihan saya adalah 23 Mac 2011 berdasarkan beberapa sumber yang dinyatakan oleh para pelajar lepasan SPM yang  berusaha mengetahui tarikh pengumuman rasmi.

23 Mac 2011 ialah tarikh yang dijadualkan oleh LPM untuk keluar result spm 2010. Walaupun begitu, tarikh pengumuman ini tertakluk kepada pindaan.

-Samuel

23.mac.2011-confirm date
aku da call kpm diorg bg tarikh ni
so……teruskan berdoa…

-izat

ok.. berita terkini…sebentar tadi aku baru saya col pejabat peperiksaan putrajaya yg bernombor telefon: 03-88843787 mengatakan bahawasanya tarikh pengumuman spm pada 23.mac.2011,, kalo x caya col sendiri.. btw..ak bukan spm taun lepas..ak study at melburn right now.. i juz want to help u all bout this because my bro also dint know when the result will be out..haha.. gud luck all…

-MP

Terima kasih juga kepada Anaiha Yusof yang bersama-sama berkongsi emel balasan diatas pertanyaannya kepada pihak KPM berkenaan tarikh rasmi keputusan SPM 2010 diumumkan.

“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan No. Rujukan: KPKPM 161347 / No. Tiket 05278 yang bertarikh 23hb Februari 2011 berkaitan dengan keputusan SPM 2010.

Untuk makluman, keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2010 dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dimaklumkan bahawa tiada tarikh tetap berkenaan bilakah tarikh keputusan SPM akan dikeluarkan.

Sekiranya keputusan telah ditetapkan, pengumuman rasmi akan dibuat melalui media tempatan dan pemberitahuan akan disiarkan dilaman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.

Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

NORZILA BINTI JAMARI
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Kesimpulannya, tarikh yang dirancang sendiri oleh pihak KPM dan LPM mungkin sudah ada, tetapi belum lagi ditetapkan secara rasmi dan masih lagi belum diumumkan. Diharap ini dapat menjawab pertanyaan ramai lepasan SPM 2010.

beliamuda: Mungkin tidak mengejutkan jika timbulnya isu SPM diumumkan pada April sebab tarikh 23 Mac tu cuma seminggu sahaja jaraknya dengan bulan April.

Comments

44 responses to “Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2010”

  1. cikgufaezah Avatar

    hoho..yang mana satu agaknya..

    1. beliamuda Avatar

      @cikgufaezah, itulah yang menjadi tanda tanya.

  2. aizuddin Avatar

    masih jadi misteri rupanya

  3. izat Avatar
    izat

    RESULT DIS YEAR MEMANG BERI KEJUTAN LA

  4. zulaikha Avatar
    zulaikha

    soal trikh bler kuow rslat ni mmg mmngkn kpla lar,,,dah lar bdbr ngn kptusan yg x thu blh brapa nih..arap2 kuoww awal bln 3 lar..amin3(^_%0)

    1. zie Avatar
      zie

      @zulaikha, lw tgu lma,dpt result ok x pe jgak…hrp2 result gempak…amin

  5. sol Avatar
    sol

    keluar 23 mac 2011….pengarah JPN Penang gitau kat PK1 sekolah utk umum kepada warga sekolah dan pelajar2 yg terbabit….

    Doa ja yar..insyaallah,keputusan akan keluar jgak….yg penting,kita xputus doa kepada ALLAH SWT….Gud luck semua!!!May Allah Bless All Of Us…

    1. irene Avatar

      @sol, kmp0m k nie???

    2. beliamuda Avatar

      @sol, saya pun yakin yang keputusan akan diumumkan pada 23 Mac.

  6. zie Avatar
    zie

    tp lbh baik umum awal2 kan…blh juga calon get ready nk g ambil..sbb rmi yg sbok krje part time smnetra tgu result…lw diorg thu awal2 sng nk amq cuti nnti..x kelam-kabot…

  7. nazyrah Avatar

    tak kesah keluar bile
    yang aku kisah result aku tu, T_T

  8. hazwani Avatar
    hazwani

    hmsk.

  9. Norrabi'ah binti Hj Ismail Avatar
    Norrabi’ah binti Hj Ismail

    kEPUTUSAN SPM 2010 SAYA BERKEYAKINAN AKAN KELUAR PADA 23 MAC 2011

  10. ruru nur Avatar

    hu9..
    memang kasi cuak lahh..
    nanges ta b’lagu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge