Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM

Para pelajar yang telah menduduki UPSR tahun 2010 serta ada memohon memasuki Tingkatan 1 untuk pengambilan tahun 2011 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh menyemak keputusan kemasukan ke MRSM mereka secara dalam talian mulai 21 Januari 2011.

 

Semakan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2011. (Pautan rasmi untuk semakan dan cetakan borang berkaitan)

Sila gunakan pautan semakan ini untuk membuat semakan sahaja (alternatif).

 

Rayuan Permohonan ke MRSM Tingkatan 1

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.  Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja menyemak keputusan kemasukan ke MRSM. Jika didapati tiada pautan rayuan disediakan, rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada pihak MARA.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

 

Maklumat Bantuan

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

 

beliamuda: Maklumat berkenaan rayuan akan dikemaskini kemudian. Merujuk kepada tahun lalu, tiada rayuan secara dalam talian disediakan.

Comments

67 responses to “Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Pengambilan 2011”

  1. Princess Ida Avatar

    Web site anda ni bagus..memudahkan pencarian..Happy for my son,kerana
    ditawarkan ke salah sebuah sbp yang baik…Alhamdulillah..syukran!

  2. Princess Ida Avatar

    Sorry,salah ruangan tadi..anak saya ditawarkan ke sbp Tingkatan 4,
    bukan Tingkatan 1

  3. HAFIZ Avatar
    HAFIZ

    saya berjaya..tingkatan 1..hooray…syukur alhamdulillah

    1. Akmal Avatar
      Akmal

      @HAFIZ, Alhamdulilah…tahniah..

    2. yati Avatar
      yati

      @HAFIZ, macamana nak dapatkan buku panduan pelajar,borang permohonan sbb laman webnya dah x boleh nak bukalah..busy saja

  4. kakakkecewa Avatar
    kakakkecewa

    nak hantar surat rayuan kat alamat mana?

  5. rohana Avatar
    rohana

    salam,..anak saya kene mrsm pontian ,.knpe lh ank sy dpt jauh sangat,…sy x mampu nak hantar ke sana…boleh ke nak buat pertukaran ke mrsm yg terdekat…???

    1. cik kiah Avatar
      cik kiah

      @rohana,
      pn, mcmma nk chek kemasukan ke mrsm?

      1. abd rahman Avatar
        abd rahman

        @cik kiah,
        salam, macamana nak chek kemasukan ke mrsam. saya dah cuba banyak kali tapi tak dapat jugak

      2. rohana Avatar
        rohana

        @cik kiah,
        sebenarnya sy dah online mase 21.1 hari tu..tp tak print lh borangnya..ni bile nak print hari ni tak boleh buka pula..tak pe lah esok kite check lh..die pun dah notice yg esok dah boleh semak..

  6. cik kiah Avatar
    cik kiah

    cmne nk chek nie? dr td try x dpt2 pon

  7. sayangku Avatar

    yela kte cr dr td xjmper r…cam ne ek….nk semak tuk anak buah

  8. Wolf Hikari Avatar
    Wolf Hikari

    Pelayan Web saya tidak dapat memuatkan muka web ini…
    http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
    Bagaimana saya mahu menyemak kemasukan adik saya?

  9. HAFIZ Avatar
    HAFIZ

    wolf samalah…baru je nak print benda tapi x dapat…knp agk nya ah???

  10. azrul Avatar

    A’kum,sudara saya cuba membuat semakan pemohon untuk ke MRSM tngkatan 1 tidak dapat buka?Adakah sudara boleh tolong saya semak nama pemohon ini?ck0141058 adakah layak ataupun tak

    1. hafiz Avatar
      hafiz

      @azrul, Tahniah, anda telah berjaya ke MRSM Mersing. Tarikh lapor diri pada 7/2/2011.

      Nama : NUR SYAFARINA BINTI MOHD ALIAS
      No. Surat Beranak : K479489
      No. Angka Giliran : CK0141058
      MRSM : Mersing
      Tarikh Lapor Diri : 7/2/2011

      Makluman :-
      Harap Maaf, oleh sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, surat tawaran belum boleh dicetak sehingga dimaklumkan kemudian di laman web MARA.

      Terima Kasih

      P:S/Saya mmg baik kan??hihi

      1. hafiz Avatar
        hafiz

        @hafiz, Tahniah, anda telah berjaya ke MRSM Mersing. Tarikh lapor diri pada 7/2/2011.

        Nama : NUR UMIRAH BINTI ABU KASSIM
        No. Surat Beranak : AH72310
        No. Angka Giliran : CK0141061
        MRSM : Mersing
        Tarikh Lapor Diri : 7/2/2011

        Makluman :-
        Harap Maaf, oleh sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, surat tawaran belum boleh dicetak sehingga dimaklumkan kemudian di laman web MARA.

        Terima Kasih

        ni kawan awak pnya..mesti awak kenal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge