Keputusan PMR 2010 Diumumkan Hari Ini

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010 diumumkan. Pasti ada adik-adik pelajar Tingkatan 3 dan para ibu bapa yang turut sama bergembira dengan keputusan cemerlang, tidak kurang juga yang bersedih kerana kurang bernasib baik.

Masih ada lagi percubaan semasa SPM nanti. Tahniah kerpada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi yang cemerlang, pastinya anda ingin mengetahui ke manakah hala tuju anda selepas ini.

Bagi yang memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pasti ingin menyemak keputusan permohonan anda. Kalau tak silap, semakan keputusan permohonan bagi SBP dan MRSM Tingkatan 4 akan diumumkan pada tahun hadapan (sekitar pertengahan Januari atau awal Februari). Ini berdasarkan kepada pemerhatian selepas pengumuman keputusan PMR 2009.

beliamuda: Saya tak dapat merasai suasana semasa keputusan PMR 2004 diumumkan… T_T

Comments

4 responses to “Keputusan PMR 2010 Diumumkan Hari Ini”

    1. kamalia syazwani binti che kamarudin Avatar

      @kamalia syazwani binti che kamarudin,

  1. […] sudah detik penantian menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan. Keputusan PMR sudah pasti berada di tangan pelajar masing-masing. Mungkin ada segelintir sahaja […]

  2. nor ain nazira binti buchari Avatar

    saya nak cek keputusan kemasukan untuk ke sekolah berasrama penuh tingkatan 4 bagi sesi tahun 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge