Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2010

Salam sejahtera buat semua.

Semakin hari menjauh daripada masa pelajar Tingkatan 3 menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tempoh hari, semakin dekat dengan tarikh pengumuman keputusan PMR 2010.

Seperti biasa, pastinya ada desas-desus dan khabar angin yang bertiup kencang sesama pelajar Form 3 tentang bilakah keputusan PMR 2010 ini akan keluar. Antara khabar angin ini, ada dua tarikh yang paling meluas tersebar.

Awalnya di laman Facebook, tersebar luas dikalangan pelajar yang result PMR 2010 akan keluar pada 28 Disember 2010 (Selasa). Ramai juga yang percaya dengan tarikh ini.

Satu lagi tarikh yang turut digembar-gemburkan ialah 22 Disember 2010 (Rabu). Ada seorang pelajar yang juga calon PMR 2010 dengan yakin mengatakan dia mengetahui perkara ini melalui sumber-sumber dipercayai daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); identiti dan sumber dipetik dirahsiakan, sila cari sendiri.

Jujurnya, tarikh-tarikh yang diletakkan di atas adalah lebih kepada khabar angin sahaja. Selagi belum diumumkan tarikh pengumuman keputusan PMR 2010, ianya belum dikira rasmi. Boleh juga rujuk komen-komen di entri “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2010?“.

beliamuda: Anggaplah ini sebagai bahan pengisi masa bosan anda dalam menanti keputusan PMR 2010 keluar…

64 thoughts on “Khabar Angin Tarikh Keputusan PMR 2010

  1. ada orang cakap 1 disember 2010 . mana nak percaya ni ? tak sabar nak ambil keputusan ini . 8A okay ? chaiyok3 . gempak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge