Salam sejahtera buat semua.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan varian terbaru bagi model kereta terlaris jualannya iaitu Perodua ViVA Elite Exclusive Edition.
Seperti biasa, kalau dah namanya Exclusive Edition, pastilah ada sesuatu yang berbeza pada kereta ViVA ini dan unik berbanding varian lain. Boleh dikatakan ViVA Elite Exclusive Edition ini adalah versi mewah untuk varian Perodua ViVA.
Perodua ViVA Elite Exclusive Edition ini didatangkan dalam tiga pilihan warna (dengan satu tambahan pilihan warna baru) iaitu:
Pilihan warna mengikut turutan gambar
- Classy Purple (Metallic) – warna baru
- Midnight Blue (Metallic)
- Ivory White (Solid).
Gambar Perodua ViVA Elite Exclusive Edition (Bahagian Luar – Exterior)
Perubahan yang dilakukan pada rekaan luaran Perodua ViVA Elite Exclusive Edition adalah tidak banyak. Paling jelas hanya pada penambahan logo baru ‘Exclusive Edition’ yang berada di bahagian belakang ViVA Elite EE dan warna rim aloi yang lebih gelap.
Kebanyakan gambar di bawah diambil daripada blog berita automatif, Paultan.org.
Gambar Perodua ViVA Elite Exclusive Edition (Bahagian Dalam – Interior)
Perubahan yang dilakukan pada rekaan dalaman Perodua ViVA Elite Exclusive Edition adalah seperti pada kemasan kulit pada stereng, logo ‘Viva Exclusive’ pada kerusi kulit, rekaan kombinasi meter, kemasan warna perak pada bahagian kotak gear serta door armrest dan kemasan warna ungu gelap metalik pada konsol tengah.
Tiada sebarang perubahan teknikal dilakukan pada varian Perodua ViVA Elite EE ini kecuali kemasan kosmetik pada beberapa bahagian seperti yang terdapat dalam gambar-gambar di atas.
beliamuda: Selepas ini, kesan sebuah kereta Perodua ViVA mencium bontot BMW pada kelajuan perlahan…
dah beli ka? so abang u ckp apa psl keta ni? best x?
mana ok viva standard ke viva exclusive erkkk?klo sape dah bli bgtau la..
@ina, viva exclusive macam lagi kemas build dia. macam lagi teguh. saya pakai viva standard je. tpi setiap kali tgk viva exclusive ni, rasa macam lagi menarik.
saya berkenan dgn VIVA XCLUSIVE ni..berkenan pd warna terbaru MASTIKAL PURPLE / kemasan lether seat dia..mmg kemas..sesuai bg owner perempuan..teknologi JEPUN DAIHATSU..