Celcom RM2 Bundle Service

Salam sejahtera buat semua.

Celcom Xpax

Sebut saja Xpax, U.O.X atau S.O.X, pastinya ramai yang tahu ini semuanya pakej prabayar daripada Celcom. Pakej-pakej ini biasanya disasarkan kepada para remaja (U.O.X dan Xpax) dan pelajar sekolah (S.O.X). Ada juga lain-lain pakej seperti Celcom Blue dan Celcom Sukses.

Jika anda adalah pengguna prabayar bagi pakej-pakej di atas, anda mungkin ada mendapat SMS daripada Celcom yang menawarkan satu servis yang saya kira sangat berbaloi bagi sesetengah pengguna.

SMS tersebut saya terima semalam (sebagai salah seorang pengguna U.O.X) dan telah cuba menggunakan servis tersebut semalam. Servis yang dimaksudkan ialah “RM2 Bundle Service”. Berikut adalah mesej yang dihantarkan oleh Pihak Celcom;

Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://xpax.com.my/rm2.html

Sebaik sahaja dapat mesej di atas, terus saja saya semak di laman web Xpax untuk lebih lanjut. Saya tidak pasti sama ada pengguna yang terpilih sahaja boleh menggunakan servis ini atau ia terpakai untuk kesemua pakej prabayar yang dinyatakan. Ada sesiapa yang tidak dapat SMS ini mahu mencuba?

Sebaik sahaja anda mengesahkan untuk mendaftarkan bagi servis RM2 ini, Celcom akan menghantarkan mesej susulan seperti di bawah;

T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.

Saya telah menggunakan sebaik mungkin servis ini sehingga tempoh yang dinyatakan. Ada la jugak terlebih 6 minit (panggilan), tetapi tiada kredit yang ditolak. Sebaik sahaja panggilan diputuskan, saya menghantar satu SMS dan barulah kredit ditolak semula. Selepas itu, Celcom ada menghantar satu lagi SMS untuk menyatakan langganan “RM2 Bundle Service” telah tamat tempoh sah.

Langganan PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom telah tamat tempoh sah. Untuk melanggan semula, sila hantar YESRM2 ke 22188.

Mengikut mesej tu, macam dapat langgan lagi je servis ni. Tengoklah nanti sama ada nak cuba guna lagi atau tak servis yang cambest ni…

beliamuda: Kadang-kadang ada dapat kredit MMS percuma sampai beratus-ratus. Yang ni rasa hampeh je sebab tak dapat nak guna sangat. Rugi je. Kan bagus kalau dapat kredit SMS percuma…

Comments

16 responses to “Celcom RM2 Bundle Service”

  1. Meow Avatar

    aku pun dapat…memang best…tapi xde no. awek yang nak call…hohoh

  2. Faisal Avatar

    aku pun pernah dpt tp buat xtaw je.haha

  3. nuwa Avatar

    ini utk pengguna yg dapat invitation je.

    celcom ni kedekut.. berkira sgt..

  4. iskandar Avatar

    aku da buat…..tp arini krdt aku sume abis…..
    topup rm10
    ade lg rm-38.oo….
    bdoh btl celcom nie….

  5. sha-na Avatar

    salam, sy sngt suka celcom bg tawaran nih!! mmg masyukk gila.
    ini seswai kepada org yg duk oversea..
    x lah terkial2 nk suh mak topup byk kali dr msia..huhuh !!

  6. mie Avatar
    mie

    mmg murah tp network mmg celake..sy perasan bnda ni celcom tiru happy prepaid rm2 sehari..ramai yg dh mnp ke digi..yg merana anda sendiri la celcom..lain kali jage cstmr tu baik2..terma dan syarat tu yg x tahan ngn celcom ni..bnyk politik

    1. beliamuda Avatar

      @mie, well, itulah marketing strategy. as long as customer tahu buat pilihan, mereka terpaksa juga ikut kehendak customer.

  7. […] Sebelum ni ada promo RM2 Bundle Service. Sayangnya setiap sorang dapat guna sekali je… innity_pub = […]

  8. miela Avatar
    miela

    salam…mcm mne nk check no clcm kita di dftar kn atas nma siapa?knp no clcm uox yg d dftar kn atas nma sy,ble x gne bpe bln da d dftar kn atas nma org lain…rgila mcm nie…

    1. beliamuda Avatar

      @miela, boleh buat semakan dengan Celcom Center.

    2. mie Avatar
      mie

      @miela, taip BDAY STATUS dan hantar ke 28882

  9. dya Avatar
    dya

    sampai bila tawaran rm2 nih? still ade lg ke skang?

    1. beliamuda Avatar

      @dya, tawaran RM2 ni dah takde. Smlm dengar ada tawaran RM3 pulak, tapi tak pasti kesasihan.

  10. meaow Avatar
    meaow

    jika nak SMS aje, celcom ada satu promotion. Free SMS @ RM1 sehari. taip help ke 20022 utk mengetahui cara penggunaan ni. tak tau bila promotion ni habis…

    1. beliamuda Avatar

      @meaow, oh, terima kasih untuk tip ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge