Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010?

Salam sejahtera buat semua.

keputusan upsr 2010

Menghampiri penghujung semester sesi persekolahan tahun 2010, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga bakal diumumkan tidak lama lagi. Adik-adik darjah enam pastinya semakin berdebar-debar.

Hari ini berkesempatan untuk bersembang dengan Mama. Bertanyakan kepada dia tentang keadaan semasa di kampung. Katanya hujan agak lebat. Air sudah mula melintasi jalan. Nasib baik hujan lebat tidak berlarutan.

Berlainan pula keadaannya di Kulim. Hujan turun sepanjang hari, tapi cuma hujang yang rintik-rintik. Terus segan matahari nak keluar. Makanya, dinginlah hari yang dilalui.

Hari ini Mama sibuk memeriksa kertas Matematik untuk peperiksaan akhir tahun. Sempat saya bertanyakan tentang bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ni. Mama pun tak pasti. Kebiasaannya, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari terakhir persekolahan dalam tahun tersebut, namun keadaan pada tahun ini sedikit berbeza.

Bagi negeri Kelantan khususnya, hari terakhir persekolahan pada tahun 2010 adalah pada hari Selasa, 16 November. Selepas itu, kemungkinan akan jatuhnya Hari Raya Aidiladha pada 17 November (Rabu) dan Kelantan akan bercuti selama dua hari sehingga 18 November (Khamis).

Namun ini tidak bagi negeri-negeri lain, khususnya bagi negeri-negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah. Negeri-negeri ini masih lagi bersekolah pada hari Khamis (18 November) dan Jumaat (19 November), sebelum memulakan sesi cuti sekolah pada 20 Novermber.

Walauapapun, adik-adik tak perlulah risau memikirkan mengenai masalah ni. Biar cikgu-cikgu dan orang berkaitan yang menentukan apakah yang terbaik. Semoga adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang apabila result UPSR 2010 diumumkan nanti!

Jangan lupa, UPSR tidak dimansuhkan.

beliamuda: Saya pun nak cuti juga untuk Hari Raya Korban ni!

Comments

20 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010?”

  1. kamil Avatar

    bile kau priksa upsr

    1. beliamuda Avatar

      @kamil, tahun 2001.

  2. kikilala Avatar
    kikilala

    bila tarikh upsr 2011?????

    1. beliamuda Avatar

      @kikilala, nanti saya kongsikan ya~

  3. […] tahun lalu, saya mempunyai masa dan peluang untuk mengagak tarikh pengumuman UPSR 2010. Tahun lalu, keputusan UPSR 2010 diumumkan pada 11 November 2010, pada hari Khamis. Dijangkakan, pada tahun ini keputusan turut diumumkan pada […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge