Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010?

Salam sejahtera buat semua.

keputusan upsr 2010

Menghampiri penghujung semester sesi persekolahan tahun 2010, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga bakal diumumkan tidak lama lagi. Adik-adik darjah enam pastinya semakin berdebar-debar.

Hari ini berkesempatan untuk bersembang dengan Mama. Bertanyakan kepada dia tentang keadaan semasa di kampung. Katanya hujan agak lebat. Air sudah mula melintasi jalan. Nasib baik hujan lebat tidak berlarutan.

Berlainan pula keadaannya di Kulim. Hujan turun sepanjang hari, tapi cuma hujang yang rintik-rintik. Terus segan matahari nak keluar. Makanya, dinginlah hari yang dilalui.

Hari ini Mama sibuk memeriksa kertas Matematik untuk peperiksaan akhir tahun. Sempat saya bertanyakan tentang bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ni. Mama pun tak pasti. Kebiasaannya, keputusan UPSR akan diumumkan pada hari terakhir persekolahan dalam tahun tersebut, namun keadaan pada tahun ini sedikit berbeza.

Bagi negeri Kelantan khususnya, hari terakhir persekolahan pada tahun 2010 adalah pada hari Selasa, 16 November. Selepas itu, kemungkinan akan jatuhnya Hari Raya Aidiladha pada 17 November (Rabu) dan Kelantan akan bercuti selama dua hari sehingga 18 November (Khamis).

Namun ini tidak bagi negeri-negeri lain, khususnya bagi negeri-negeri selain Kelantan, Terengganu dan Kedah. Negeri-negeri ini masih lagi bersekolah pada hari Khamis (18 November) dan Jumaat (19 November), sebelum memulakan sesi cuti sekolah pada 20 Novermber.

Walauapapun, adik-adik tak perlulah risau memikirkan mengenai masalah ni. Biar cikgu-cikgu dan orang berkaitan yang menentukan apakah yang terbaik. Semoga adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang apabila result UPSR 2010 diumumkan nanti!

Jangan lupa, UPSR tidak dimansuhkan.

beliamuda: Saya pun nak cuti juga untuk Hari Raya Korban ni!

Comments

20 responses to “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010?”

  1. aizuddin Avatar

    teringat lagi masa result upsr kuar..boleh pulak aku suruh member aku tengokkan..esoknya baru aku tengok sendiri rsult tu..huhu

  2. amalina binti anuar Avatar

    ha kan elok cmtu.
    upsr tak yah mansuh2 kan la.
    bukan upsr jer.
    peperiksaan lain gak.

  3. Safie Avatar
    Safie

    menangis aku terkenangkan keputusan upsr yang teruk..
    nyesal aku tak belajar elok-elok..

  4. muhd irfan Avatar
    muhd irfan

    skrg tgh berdebar-debar jugak nie,beraper larh keputusan tuu.mintak2 dapat 5A klu x dapat 5A,4A 1B pON cukOp ahhhhhhhhhh,,..??
    🙂

    1. SOLIHIN Avatar

      @muhd irfan, percubaan dpt brape?

      1. kamil Avatar

        haaa….yaaa tahun kena ambik upsr.kena blajar rajin2 ni

  5. suzahariah Avatar
    suzahariah

    Selain murid-murid, cikgu adalah orang yang lebih berdebar-debar menanti keluarnya keputusan upsr. Kata peagai PPD di tempat saya, inilah masanya cikgu menuai apa yang cikgu tanam selama setahun.

  6. Faizul Avatar

    Keputusan UPSR merupakan penentu hala tuju anak didik selepas tamat tahun 6 di sekolah rendah. Namun begitu, keputusan yang tidak memberangsangkan bukanlan merupakan titik noktah bagi suatu pembelajaran anak didik tersebut. Masih jauh lagi perjalanan sebelum ke menara gading.

    1. SOLIHIN Avatar

      @Faizul, saya stuju kbanyakkan mahasiswa mahasiswi dapat kputusn tk mmuaskn

      1. SOLIHIN Avatar

        @SOLIHIN, smasa UPSR

  7. […] Keputusan UPSR 2010 dijangka akan diumumkan pada 11 November 2010, iaitu pada hari Khamis minggu depan. Keputusan UPSR 2010 diumumkan awal seminggu sebelum cuti sekolah bermula mungkin kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan dalam entri “Bilakah tarikh keputusan UPSR 2010?”. […]

  8. SOLIHIN Avatar

    Tu laa… ni pun rasa mkin mendbar2 kputsn dh nk kluar

    1. beliamuda Avatar

      @kamil, hi.

  9. kamil Avatar

    ????????????? you waste time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge