Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Dalam Nahas Jalan Raya

Salam sejahtera buat semua.

edmund chong

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar dan berita arus perdana serta alternatif sebentar tadi, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam nahas jalan raya di Jalan Tanjung Aru-Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah sekitar pukul 11.40 pagi.

Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

Utusan

Datuk Edmund Chong merupakan Ahli Parlimen pertama di Batu Sapi selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004 lalu. Mendiang dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan dan telah meninggalkan seorang balu, Datin Linda Tsen Thau berserta empat orang anak.

beliamuda: Bakal menyusul satu lagi PRK, selepas lebih kurang seminggu berita kematian ADUN Galas.

Comments

4 responses to “Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Dalam Nahas Jalan Raya”

  1. Wan Avatar

    pergi tak kembali
    akan ada lagi pilihan raya kecil

  2. faiz Avatar

    tak payah PRK la..terus PRU je..

  3. […] Raya Kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota […]

  4. […] Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan dengan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 9 Oktober yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge