Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Syarat-syarat Kelayakan Kemasukan ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Memohon Kemasukan ke MRSM Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Info Tambahan

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.

Comments

68 responses to “Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011”

  1. saheriah samsuddin Avatar
    saheriah samsuddin

    pmr sy 5a 3b tp math sy tak a bleh ke sy masuk???

  2. nabila nazir Avatar
    nabila nazir

    saya dapat 8A dlm. PMR dan dah menduduki UKKM. Perlukah saya menghantar salinan slip keputusan ke pihak MRSM untuk rujukan????

  3. daphina Avatar
    daphina

    cam na nak masuk ke mrsm 2 ye….dah ada kata laluan tapi x dapat masuk jugalah.blh x bantu saya masuk ke mrsm2….sebelum tarikhnya tutup…

  4. PRITEI Avatar
    PRITEI

    assalamulaikum… saya nak mohon mrsm tapi… i ni dpt keputusan pmr 4A 2B 2C… bolek ke sy ni layak…boleh bantu saya…..

  5. iman Avatar
    iman

    spa nk msuk mrsm,better plih taiping ja..

  6. jay Avatar
    jay

    bile boleh check sama ade kite dpt atau x ?
    and kt mne boleh check?

  7. aisya hermilia Avatar
    aisya hermilia

    eh , klau sy x isi brg online . lau nk msk gak , cne ?

  8. man Avatar
    man

    lambat sangat

  9. nor darsyamimi Avatar
    nor darsyamimi

    mcm mne nk buat rayuan untuk kemasukan ke mrsm??

  10. emang Avatar

    salam , nk tnye mrsm ade sec intake x ????

    1. beliamuda Avatar

      @emang, wasalam, ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge