Salam sejahtera buat semua.

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010 sudah boleh disemak mulai tengah malam 27 Ogos 2010 sehingga 3 September 2010.
Semakan Keputusan PIDN 2010
Semakan keputusan permohonan ini boleh dibuat di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2010.
Semakan juga boleh dibuat melalui sms, caranya taip JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 910101015111) dan hantar kepada 15888.
Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan kali ini, rayuan boleh dilakukan kepada pihak JPA.
beliamuda: Tak dapat nak paparkan gambar semakan seperti tahun lalu…
Leave a Reply