Temudaga Krew Kabin MAS (Julai/Ogos 2010)

Salam sejahtera buat semua.

MAS

Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi mengisi kekosongan pekerja yang telah meninggalkan syarikat dan juga untuk memastikan kakitangan yang mencukupi bagi operasi penerbangan dan ketibaan pesawat baru dengan itu  syarikat akan mengadakan pengambilan baru seperti berikut:-

Sertai Kakitangan Kabin Terbaik Di Dunia

Jika anda suka mengembara dan bermimpi untuk menikmatinya, sertai MAS sebagai Pegawai Penerbangan atau Pramugara & Pramugari. Kami menawarkan pakej gaji yang menarik dengan faedah, faedah kesihatan dan lain-lain.

Kami menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Minimum SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik dan tidak rabun warna.
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dengan berat badan yang seimbang.
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tingging ke arah kecemerlangan di dalam
    khidmat pelanggan.

Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA KAKITANGAN KABIN KAMI seperti berikut:-

KAWASAN TEMPAT TARIKH KATEGORI
KUALA LUMPUR Malaysia Airlines
Academy No. 2, Jalan SS7/13,
Kelana Jaya, Selangor
31 Julai 2010 (Sabtu) Pramugari
1 Ogos 2010 (Ahad) Pramugara

Sila bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan  yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak akan dikembalikan).

Calon-calon dinasihatkan berpakaian kemas (kemeja-t, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali). Calon-calon wanita digalakkan memakai kebaya.

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Oleh itu anda dinasihatkan bersedia untuk berada dilokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

Comments

30 responses to “Temudaga Krew Kabin MAS (Julai/Ogos 2010)”

  1. […] [terbaru] Temuduga Krew Kabin MAS untuk Julai/Ogos 2010. […]

  2. Amir Avatar

    kecewa sbb MAS dah x dpt world best cabin crew award…

    1. beliamuda Avatar

      @Amir, maksudnya perkhidmatan dan layanan perlu diperbaiki lagi la tu. aku tak pernah lagi nak plane. 🙂

  3. Nazz Avatar
    Nazz

    Dekat mana saya boleh dapatkan borang permohonan untuk temuduga diatas?

    1. beliamuda Avatar

      @Nazz, rasanya ni walk-in interview. tak perlu dapatkan borang temuduga terlebih dahulu. Mungkin disediakan di tempat temuduga.

      1. Nazz Avatar
        Nazz

        @beliamuda,
        owh.. jadi hanya pergi kesana dan membawa salinan sijil-sijil yang diminta sahaja?

        1. beliamuda Avatar

          @Nazz, sepatutnya macam tu la.

  4. mac Avatar
    mac

    iklan temuduga untuk julai n ogos ni tak disiarkan di laman web mas,sya bimbang sama ada iklan ni boleh dipercayai atau tidak..boleh sy tnya,dari mana sumber iklan ini didapati?
    sy just risau nnti ble pegi tak ada pulak

    1. beliamuda Avatar

      @mac, local newspaper

  5. mas Avatar
    mas

    ada kat dalam mingguan malaysia edisi ahad lepas..~

    1. beliamuda Avatar

      @mas, terima kasih untuk info.

  6. amy Avatar
    amy

    if ade vacancy MAS or any airlines bahagian office or ticketing n reservation juast let me knoe ya..
    tq:)

  7. madshah thomas Avatar

    klu ada kekosong bahagian ticketing tlg infom sya nak jawatan tu…sebab sya pernah stady kat transair ambil kos tu…
    terima kasih…

    1. beliamuda Avatar

      @madshah thomas, pasal ticketing ni kurang pasti sikit ah. mungkin kena alert dengan MAS terus kot.

      1. madshah thomas Avatar

        @beliamuda, oh terima kasih sebab infom…mungkin ada jawatan yang perlu di isi yang kosong di airpot, sebab saya sangat minat berkerja dalam bidang airline.???

  8. Sri Murni Avatar

    kalau ade yang teringin nak jion vacancy mcm ni, tapi kelulusan tak sampai spm pun.. peluan meti tipis kan?

    1. beliamuda Avatar

      @Sri Murni, agak tipis jugak la.

  9. nurul Avatar
    nurul

    salam.. bley sy taw bila temuduga untuk pramugari mas kat sabah nie??? da lama sy tunggu… kalau ada, tolg bgtaw sy… plz…

  10. shasha Avatar
    shasha

    saya ketinggalan nk pegi temuduga 31 julai ari 2,,,agk2 ble lagi yer ade…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge