Gambar MRSM Felda di Trolak Jaya, Perak

Salam sejahtera buat semua.

logo MRSM Felda Trolak

Sebagai seorang bekas pelajar MRSM sejak daripada tingkatan 1 lagi, saya mempunyai minat untuk mengetahui mengenai MRSM lain, lebih-lebih lagi kerana saya adalah antara pelajar perintis MRSM Transkrian (dikenali sebagai MRSM Nibong Tebal diawalnya).

Lain kisahnya dengan MRSM Transkrian yang mengalami masalah dengan binaan bangunan walaupun merupakan MRSM baru pada waktu itu (sama juga dengan kes MRSM Pasir Salak (dikenali sebagai MRSM Kampung Gajah diawalnya), MRSM Felda Trolak nyata lebih beruntung.

MRSM Felda Trolak

MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak dikenali sebagai MRSM yang paling moden dan terbesar di antara semua MRSM yang wujud pada masa ini dengan jangkaan kapisiti pelajar seramai 1200 orang.

“…institusi pendidikan pertama di tanah rancangan Felda itu bernilai RM123 juta dan ia jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan MRSM lain iaitu sekitar RM80 juta

Dilihat daripada kos pembinaan yang lebih daripada MRSM lain, diharapkan tiada masalah utama berkaitan bangunan dan tanah terjadi di MRSM Felda.

dewan besar MRSM Felda Trolak
Adakah bangunan ini adalah Dewan Besar?

dewan besar MRSM Felda Trolak 2

Sebanyak 80 peratus daripada pelajar di MRSMF ini merupakan anak peneroka dan tempat ini akan dijadikan pusat program pembelajaran ‘International Baccalaureate’ (IB) untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

MRSM Felda Trolak
Bangunan apakah pula ini? Mungkin Pusat Pentadbiran

MRSM Felda Trolak
Blok akademik atau asrama? Mengikut telahan saya, ini mungkin blok kediaman pelajar

MRSM Felda Trolak
Surau MRSM Felda (kebiasaannya surau MRSM lain berada di atas Dewan Selera)

MRSM Felda Trolak

MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dibina di atas tanah seluas 25 hektar dan siap sepenuhnya pada 2009. Pengambilan pertama 200 pelajar perintis dibuat pada 2008 yang ditempatkan sementara di beberapa MRSM lain.

Perkara biasa yang dilakukan kepada pengambilan pelajar sebuah MRSM yang masih belum siap.

MRSM Felda Trolak
Mini Stadium pun ada

beliamuda: Kami Anak Sains MARA (ANSARA). Kredit gambar kepada [1], [2] dan [3].

Comments

46 responses to “Gambar MRSM Felda di Trolak Jaya, Perak”

  1. MuNsYi~SaMa Avatar

    wow. besar betul. Harap dapat capai target nk lahirkan pelajar2 yang mantap2. =)

    1. beliamuda Avatar

      @MuNsYi~SaMa, amiin~

  2. x-po Avatar

    kawe sbg bekas students mrsm, bangga dgn mrsm felda ni..hehe

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, yeah~

  3. izzat Avatar

    Rasanya kos pembinaan tu meningkat tinggi mungkin disebabkan beberapa faktor. Contoh, kos barang binaan. Tengok pada gambar, MRSM ni mungkin ada kuarters untuk guru dan kakitangan. Saya tak rasa itu bangunan asrama pelajar.

    Apa-apa pun, dalam banyak2 MRSM, MRSM balik pulau palik best..hahahhahaha.. 😀 Paling cool MRSMYTD, tepi laut. Hujung minggu boleh gi jogging tepi laut, main volleyball..hohoho

    1. beliamuda Avatar

      @izzat, Kalau tak silap, MRSM yang baru dibina (2000 ke atas mungkin) memang ada kuarters guru. Bangunan tu memang asrama pelajar pun (disahkan oleh orang yang dah pergi sana).

  4. emosahsanasini Avatar

    mmg ptt pun mrsm trolak ni jadi pusat IB. barulah IB world school. bukannya mcm kmb n kms yg sememangnya… aih… tgk sendirila mcm mn keadaannya. lebih byk kerosakan daripada yang elok.

    1. beliamuda Avatar

      @emosahsanasini, barang lama, biasa la tu…

  5. aminbaek Avatar

    salam
    selaku bekas pelajar MRSM selama sbulan,berbangga gak MRSM sudah maju begini..moga dapat menjana modal insan yang berintegriti dan amanah(fuh..ayat tak tahan..haha)

    Besar tu..
    Subhanallah..cantik..

    Kalau betul Felda bangkrap,xde la anak peneroka Felda masuk dalam ni kan?

    1. beliamuda Avatar

      @aminbaek, hehe.. MRSM PDRM (untuk anak Polis je), lebih kurang MRSM Felda je kan? tapi takde la MRSM PDRM tu secanggih MRSM PDRM. Kira sangat beruntung la MRSM Felda ni.

      ps: ayat last tu sangat menarik.. 😛

  6. kuyam Avatar

    wow…sedak doh
    cukup serba serbi
    mmg beruntung anak2 peneroka felda

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, tu la pasal. Mereka sangat beruntung. MRSM PDRM pun bese2 je.

  7. eMMeS Avatar
    eMMeS

    naik lemak r bdak mrsm sana…hahahahah
    bagi menjawab persoalan.bangunan yang macam apartment 2 mmg bangunan asrama
    perumahan ckgu ada kat luar MRSM 2…dah mcm chalet dh aku tgk.

    1. beliamuda Avatar

      @eMMeS, naik lemak macam abang ke? haha… wuhu, bila mung gi tengok ni? nak jugak tengok dengan mata sendiri…

  8. adamfaiz Avatar

    Besar sungguh!! Semoga lebih ramai cerdik pandai akan dilahirkan di sini

  9. Aku Avatar

    cantik mrsm nie…. 😀

    2 org adik sy pelajar mrsm…. sorang dah abis sorang lg kat mrsm tgb 😀

  10. affan Avatar

    Salam.
    Menarik, dan nampak maju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge