Salam sejahtera buat semua.
Sebagai seorang bekas pelajar MRSM sejak daripada tingkatan 1 lagi, saya mempunyai minat untuk mengetahui mengenai MRSM lain, lebih-lebih lagi kerana saya adalah antara pelajar perintis MRSM Transkrian (dikenali sebagai MRSM Nibong Tebal diawalnya).
Lain kisahnya dengan MRSM Transkrian yang mengalami masalah dengan binaan bangunan walaupun merupakan MRSM baru pada waktu itu (sama juga dengan kes MRSM Pasir Salak (dikenali sebagai MRSM Kampung Gajah diawalnya), MRSM Felda Trolak nyata lebih beruntung.
MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak dikenali sebagai MRSM yang paling moden dan terbesar di antara semua MRSM yang wujud pada masa ini dengan jangkaan kapisiti pelajar seramai 1200 orang.
“…institusi pendidikan pertama di tanah rancangan Felda itu bernilai RM123 juta dan ia jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan MRSM lain iaitu sekitar RM80 juta”
Dilihat daripada kos pembinaan yang lebih daripada MRSM lain, diharapkan tiada masalah utama berkaitan bangunan dan tanah terjadi di MRSM Felda.
Adakah bangunan ini adalah Dewan Besar?
“Sebanyak 80 peratus daripada pelajar di MRSMF ini merupakan anak peneroka dan tempat ini akan dijadikan pusat program pembelajaran ‘International Baccalaureate’ (IB) untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.”
Bangunan apakah pula ini? Mungkin Pusat Pentadbiran
Blok akademik atau asrama? Mengikut telahan saya, ini mungkin blok kediaman pelajar
Surau MRSM Felda (kebiasaannya surau MRSM lain berada di atas Dewan Selera)
“MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dibina di atas tanah seluas 25 hektar dan siap sepenuhnya pada 2009. Pengambilan pertama 200 pelajar perintis dibuat pada 2008 yang ditempatkan sementara di beberapa MRSM lain.”
Perkara biasa yang dilakukan kepada pengambilan pelajar sebuah MRSM yang masih belum siap.
beliamuda: Kami Anak Sains MARA (ANSARA). Kredit gambar kepada [1], [2] dan [3].
Salam…
Besaq sungguh la no…seronok cikgu hampa nak suruh lari pusing maktab denda xsiap kerja sekolah…
aku dulu mrsm langkawi…kena round 9 kali sebab xsiap kerja sekolah…haha..padan muka aku…
pastu aku transfer mrsm pdrm masa upper form…mrsm tu bukan biasa je…hampeh….ada kelas 1 pintu ada yang 2 pintu…tapi alhamdulillah…kejayaan berjaya ditempa….
jangan la dok perosak sekolah mahai2… duit rakyat tu…. belajaq elok2…jangan dok bawak perangai luaq sekolah masuk sekolah…kesian cikgu hampa nak ligan dalam sekolah besaq2 ni…haha
@Far, Aku pernah la sampai kat MRSM PDRM tu. Tapi dah lupa macam mana dengan kelasnya. Hostel diorang tu ingat la. Macam quarters polis je.
kat entry atas skali ada sbut psal MRSM Pasir Salak … kenapa ye psal struktur binaan ??? teringin nk tau sebab saya 6th btch Pasir Salak … time saya rsanya dah ok skit dah
@bdak Pasir Salak, di awal zaman pembukaan, ada masalah sistem perparitan (kalau tak salah saya) yang menyebabkan struktur bangunan tidak selamat untuk diduduki. Maka kami pelajar perintis MRSM Pasir Salak terpaksa meneruskan pengajian di MRSM Transkrian. Saya tidak pernah pun menjejakkan kaki ke MRSM Pasir Salak.
Saya bersyukur sbb sy penah balajar di sini, kami first batch keluaran mrsm felda kampus tun abdul razak 🙂
@Syamila Salim, Alhamdulillah. Menjadi batch perintis pastinya mempunyai kenangan tersendiri. Saya juga pernah menjadi batch perintis bagi sebuah MRSM.
anak akan register utk form 1 next week.. any tips.
what the environment and share wt me your exp. thxs
sy 5th batch pasir salak..bgunan pasir salak mmg ekstrem..especially tangga…tp tetap bgga ngn mrsm pasir salak..the best place eva after….harap kua kn cte mrsm lain lak lps ni…
Saya nk tanya pasal mrsm felda trolak ni …. mrsm ni amacam? Best ke tak ? Sbb saya diterima masuk utk tahun ni (form 4)
same lah kite…
harap boleh jadi kawan.
memang best…aku start masok time baru bukak 2010..seronok belajar dkt situ
saya sangat berminat untuk belajar di mrsmf kampus tun abdul razak tetapi ditawarkan ke sekolah berasrama penuh,,,masa darjah 6 saya dapat 4a upsr dan tidak layak masuk ke sbp dan mrsm.saya berusaha lebih gigih dalam pmr dan mendapat 9a lalu ditawarkan ke sbp.