Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya diberitahu oleh seorang rakan tentang pengharaman ESQ Leadership Training (ESQ 165). Fatwa pengharaman ESQ ini dikeluarkan oleh Mufti Wilayah-Wilayah Persekutan, Datuk Hj. Wan Zahidi melalui warta yang ditandatangani pada 10 Jun 2010.
Berikut adalah petikan daripada warta fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.
Lebih lanjut dalam terbitan oleh Pejabat Mufti di bawah:
Ustaz Zaharuddin pernah mengeluarkan ulasan dan komentar beliau berkenaan ESQ selepas mengikuti sendiri kursus ini hampir setahun yang lalu. Untuk lebih lanjut mengenai pandangan Ustaz Zaharuddin, anda boleh baca di laman blog beliau.
beliamuda: Saya sendiri pernah mengikuti kursus ESQ 165 untuk mahasiswa (Angkatan 1 UTP) hampir dua tahun yang lalu. Setahu saya, banyak organisasi memilih kursus ESQ kepada kakitangan masing-masing, termasuk beberapa organisasi besar di Malaysia. Lebih lanjut tentang ESQ di laman rasminya.
Leave a Reply