Perubahan Tarikh Pengumuman Keputusan Rayuan PILN, Universiti Penyelidikan dan PIDN 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang memohon di bawah Program Ijazah Luar Negara 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat perubahan tarikh pengumuman untuk keputusan Rayuan PILN 2010, kemasukan ke Universiti-Universiti Penyelidikan (Research Universities) dan tawaran Program Ijazah Dalam Negara 2010 bagi lepasan SPM 2009, bukan seperti yang dimaklumkan dalam entri Semakan Keputusan Biasiswa PILN 2010.

Berikut adalah pengumuman terbaru daripada pihak JPA yang dikemaskini 2 Jun yang lalu. Sila semak selalu di laman web eSila JPA untuk perkembangan semasa.

Penangguhan Tarikh Pengumuman Keputusan

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam masih lagi di dalam proses mempertimbangkan rayuan Program Ijazah Luar Negara 2010, tawaran ke Universiti-Universiti Penyelidikan (Research Universities) 2010 dan tawaran Program Ijazah Dalam Negara 2010 bagi lepasan SPM 2009. Berikutan banyaknya rayuan yang diterima, Jabatan ini memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti setiap rayuan tersebut. Keputusan mengenai rayuan dan tawaran tersebut akan diumumkan pada 11 Jun 2010 mulai jam 3 petang. Jabatan ini memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi akibat perubahan tarikh pengumuman keputusan ini.

beliamuda: PIDN ini hanyalah untuk pelajar lepasan SPM 2009. Tawaran biasiswa JPA untuk sesi tahun ni mungkin dibuka pada penghujung bulan ni seperti tahun lalu. Sila ikuti perkembangan semasa.

Comments

6 responses to “Perubahan Tarikh Pengumuman Keputusan Rayuan PILN, Universiti Penyelidikan dan PIDN 2010”

  1. zik Avatar

    untuk yang nak sambung master takda ke?? hek hek…
    .-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.

  2. nizzal Avatar
    nizzal

    sye skang tgh buat asasi kat unimas sementara tnggu pidn,kalau kte dpt rezki pidn,sye akan smbung asasi ke,atau follow JPA punye plan?

  3. beskompecah Avatar
    beskompecah

    aslkm… nak tnye …
    nak bt rayuan biasiswa jpa pidn 2010 cam ne?

    1. beliamuda Avatar

      @beskompecah, buat masa ni, tiada maklumat lanjut lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge