Jangan Terpedaya Dengan SMS Untuk Keputusan Rayuan Program Ijazah Luar Negara

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Dilaporkan, terdapat individu atau sindiket yang mengambil peluang untuk mensabotag proses keputusan rayuan Program Ijazah Luar Negara (PILN) dengan menghantar SMS kepada si penerima.

Berikut adalah laporan berita yang dipetik daripada BERNAMA.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta ibu bapa serta pelajar yang menerima keputusan rayuan bagi biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2010 (PILN) menerusi sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) supaya mengabaikannya.
Ketua Unit Komunikasi Korporat JPA Maizatushima Judi berkata ini kerana JPA tidak pernah menggunakan khidmat SMS bagi memaklumkan kepada pelajar mengenai keputusan rayuan mereka itu.
Sehubungan itu, beliau meminta pelajar yang menerima SMS tersebut supaya mengabaikannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.
Maizatushima berkata pihaknya menerima beberapa aduan dan maklumat bahawa terdapat pelajar yang menerima SMS mengenai keputusan rayuan mereka itu.

Jika masih ada kekeliruan selepas ini, jangan bertangguh untuk menghubungi pihak berkaitan seperti JPA sendiri.

beliamuda: Semua benda nak tipu dengan SMS… (trik aktifkan GPRS paling mangkuk hayun sekali, padahal ada benda tersembunyi)

Comments

8 responses to “Jangan Terpedaya Dengan SMS Untuk Keputusan Rayuan Program Ijazah Luar Negara”

  1. Lord Zara Avatar

    sengal orang2 yang menangguk di air keroh camni~

    1. beliamuda Avatar

      @Lord Zara, lebih daripada sengal dah. teruk~

  2. Mr.Bintang Avatar

    aku pun pernah dpt mcm² sms terutama yg aktifkan gprs tu.. haha.. giler..

    1. beliamuda Avatar

      @Mr.Bintang, yang GPRS tu banyak sangat dapat. kena pada yang kurang tahu, free2 je kena tipu.

  3. zaryl Avatar

    apa yg diorang dpt dgn buat palat mcm tu? hmm…

    1. beliamuda Avatar

      @zaryl, dapat kepuasan je kot?

  4. nazra Avatar

    kadang2 sakit hati. ingatkan mesej penting. rupanya mesej tak guna mcm tu. dah la tengah2 malam kadang2 tu. kacau tidoq 🙁

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, banyak sangat sms spam sekarang ni. sungguh tak boleh blaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge