Masih Putih dan Berseri

Salam sejahtera buat semua.

kasut-esd-celestica

Gambar diambil di hadapan mesin selective soldering (masa ni takde kerja)

Inilah kasut yang mesti dipakai semasa berada dalam cell production di Celestica. Ada dua jenis. Yang jenis ni biasa je. Satu lagi jenis tahan lasak yang biasanya dipakai oleh pekerja yang kena mengangkut barang dan yang bekerja di bahagian stor.

Awal-awal ni memang putih berseri lagi la kasut ni. Tapi, di tempat yang saya ditugaskan ada satu bahan kimia yang akan menyebabkan kasut ini kehilangan serinya. Buat masa ni saya belum berurusan dengan mesin yang menggunakan bahan kimia tersebut dan hanya bersentuhan dalam kuantiti yang sedikit sahaja dengan bahan kimia tu.

beliamuda: Simpan sebagai kenang-kenangan + ada kawan yang kasutnya dah bertukar rupa. Bukan kerana kotor, tapi kerana ditukar oleh orang lain… 😛

Comments

12 responses to “Masih Putih dan Berseri”

  1. Fitrihadi.com Avatar

    itu memang kasut untuk masuk lab ke?? teringat zaman sekolah dulu. ahad malam sapu kapur putih kat kasut sekolah..pastu letak bawah peti ais.. esok dah bleh pakai hehehe

    1. beliamuda Avatar

      @Fitrihadi.com, ni bukan dalam lab. ni dalam kawasan kilang yang tak boleh ada cas statik.

  2. serol Avatar

    bahan kimia apakah yg buat hilang seri kasut tu?

    1. beliamuda Avatar

      @serol, kami panggil flux. komposisi bahan tu, ada la macam2 bahan kimia.

  3. penaberkala Avatar

    aih, putih melepak lg tuh
    kami nasib bek warna biru/coklat
    smock je warna putih

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, warna putih ni untuk yang kerja biasa je. yang kerja lasak, macam technician atau yang angkut barang, akan pakai kasut warna coklat (yang tahan lasak punya)

  4. faris Avatar

    ESD kitorg dah mmg kaler coklat… haha

    1. beliamuda Avatar

      @faris, kami warna biru gelap. ESD ni tengok jawatan jugak la…

  5. kuyam Avatar

    erk..mcm kasut utk bergaya je
    hehe

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, bergaya? haha.. kasut satu lagi lagi la untuk bergaya (tahan lasak dan lebih style).

  6. nazra Avatar

    dah macam kasut sekolah pulak kan ^___^

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, kasut sekolah lagi lawa kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge