Apabila Akal Yang Cerdik Mula Menjadi Bodoh

Salam sejahtera buat semua.

logik akal

Aku pernah fikir yang logik akal ni hebat. Logik akal manusia anugerah yang tiada dalam pengciptaan mahluk lain di muka bumi ni. Aku pernah fikir yang manusia terdidik ni logik akalnya jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mendapat pendidikan. Aku juga pernah fikir tiada salahnya meluahkan logik akal secara lepas bebas.

Itu apa yang pernah aku fikir…

Aku tengok, makin ramai yang mula gila menggunakan logik akal masing-masing mengatasi segala-galanya. Aku tengok seseorang yang rasa dia sangat terdidik mula mengenepikan pandangan orang lain dan rasa logik akal dia sahaja yang betul. Aku juga tengok makin ramai yang tanpa segan silu mula meluahkan logik akal yang sebenarnya langsung salah secara lepas bebas.

Itu yang aku tengok…

Aku rasa tiada salahnya kalau nak guna logik akal dalam perkara yang sistematik dan mempunyai corak yang berulang. Aku rasa tiada salahnya kalau nak guna logik akal dalam perkara dan urusan yang nyata memang itu sahaja jalan yang ada untuk mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Tapi aku juga rasa logik akal tidak akan pernah dapat membaca dan menyelesaikan hal berkaitan hati dan perasaan.

Itu apa yang aku rasa…

Kau rasa banggakah dengan logik akal kau itu untuk mencabar sesetengah perkara yang nyata salah? Lalu dengan pantas logik akal akan mula mencari alasan kebebasan bersuara sebagai jawapan untuk mencantas kembali. Kebebasan bersuara itu sampai mana?

Nyatanya, logik akal tetap ada hadnya. Sedarlah di mana had itu berada. Kau manusia, aku manusia. Manusia itu pelupa. Pelupa kaitanya dengan otak. Dalam otak diletakkan akal (kalaulah betul ia ada di situ). Makanya, kau buatlah kesimpulan terakhir untuk analogi bodoh aku ni.

beliamuda: Kau ada akal, kau fikirlah sendiri. Bukan satu dan bukan dua. Tapi banyak.

Comments

17 responses to “Apabila Akal Yang Cerdik Mula Menjadi Bodoh”

  1. TMUkmkd Avatar

    heh macam panas je isu ni 😀

    1. beliamuda Avatar

      @TMUkmkd, panas la jugak…

  2. apit85 Avatar

    agk seram bila baca…

  3. zuls Avatar

    isu obses dengan kebebasan bersuara kah ?

    1. beliamuda Avatar

      @zuls, bukan satu isu je dalam ni, tapi itu salah satunya.

  4. Kujie Avatar

    ramai yang kata – ikut hati mati
    tapi kak jie ikut pengajian – ikut akal , binasa

    akal kita ada had dan sempatan
    ttp hati – qalbu….sir hati jika dijaga , disitulah terletaknya kefahaman yang mengatasi akal

  5. azizan4444 Avatar

    kawe x bpe nak amik port klu bab isu blogger kutuk blogger tu..

    1. beliamuda Avatar

      @azizan4444, kawe pulok dop tahu apo cerito. tahu2 dah meletup.

  6. rai_aziz Avatar
    rai_aziz

    memang logik akal ada hadnya..bila bercakap ttg kjadian sesuatu alam atau perkara2 sam’iyat..logik akal tak boleh diguna pakai..
    siapalah kita tuk mempersoalkn kjadian Pencipta yg dah menciptakn kita..so, org yg bijak bknlah yg berlandaskn logik akal semata tetapi disertai dgn hati yg bersih yakni iman..wallahua’lam

  7. nazra Avatar

    sekarang panas isu blogger kutuk blogger di blog kan. memang la itu pendapat memasing tp kalau kita nak kutuk blogger lain, rasanya lebih baik dilakukan dengan kaedah yg lebih baik dan tersembunyi. bukankah itu lebih bermanfaat..

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, bab kutuk blogger tu, saya terkejut dan terpinga-pinga sebab saya hanya boleh online waktu malam. tahu2 dah ada kes. biasanya waktu malam tu dah reda sikit hal tu. tapi cam banyak sangat kebelakangan ni.

  8. MM Avatar

    orang yg cerdik ni kadangkala degil dan angkuh

  9. Anwar Osman @ Computer Technicians Avatar

    tajuk nie boleh menimbulkan kontroversi sket la kalau kena ngan politik, agama dan lain2.

    1. beliamuda Avatar

      @Anwar Osman @ Computer Technicians, tajuk ni ditulis secara umum, dan tidak dituju secara terus kepada satu isu sahaja.

  10. naw1074 Avatar
    naw1074

    Akal berpandu kan Alquran dan Hadith itulah sebaik-baik akal…tapi akal logic…….????..Agaknya hancur!!!

    1. beliamuda Avatar

      @naw1074, peratus nak hancur tu sangat tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge