Salam sejahtera buat semua.
Memulakan hujung minggu ini dengan hambar dan diiringi pula dengan kesunyian yang sedikit terasa pagi ini adalah tidak menyenangkan. Seolah-olah telah terasa bahawa hari ini akan menjadi hari yang tidak produktif, padahal saya kini berada dalam minggu-minggu yang kritikal dengan segala tanggungjawab di UTP.
Fikiran dirasakan tidak terarah dan fokus untuk melakukan tugasan pada hari ini masih kabur. Dalam ayat yang lebih mudah, malas sedang menguasai diri. Cuaca di awal pagi pun mendung sedikit, namun kini telah semakin beransur cerah. Semoga fikiran saya juga seperti itu.