Senarai Kedudukan 200 Universiti di Asia Tahun 2010

Salam sejahtera buat semua.

ranking universiti asia 2010

Baru-baru ini Times Higher Education-QS World University Rankings telah mengeluarkan senarai kedudukan 200 universiti di Asia untuk tahun 2010. Ranking penuh ini boleh dirujuk di laman Top Universities.

Berikut adalah petikan berita yang diambil daripada Malaysiakini:

Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh

Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

Mengikut ranking ini, berikut adalah susunan kedudukan universiti di Malaysia untuk tahun 2010 (yang terdapat dalam senarai ranking 200 universiti Asia):

  1. Universiti Malaya (UM) – 42 (180)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – 58 (291)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) – 69 (314)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM) – 77 (345)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 82 (320)
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – 151

Daripada senarai universiti di atas (semua IPTA), tiada satu universiti pun yang  berada dalam senarai 100 universiti teratas di dunia. Lihat senarai kedudukan 100 universiti di dunia (tahun 2009).

beliamuda: UTP di mana ya? ~_~

Comments

44 responses to “Senarai Kedudukan 200 Universiti di Asia Tahun 2010”

  1. Sir Marcello Avatar

    Uni aku tak masuk senarai..tp aku bangga keluaran mereka..mihahaha
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Ibarat Putus Cinta Kali Kedua… =-.

    1. hanis Avatar

      @Sir Marcello, tak apa. Uni kita masuk dalam reader’s digest choice. Sama2 dengan UM, USM dan UTM. Selamat merasai zaman pekerjaan… Tak sempat pun jumpa, kan??

      [Adeii.. tangkap jiwang lak kat sini..]
      .-= hanis´s last blog ..Pengumpul =-.

      1. Sir Marcello Avatar

        @hanis, hurm rasanya pernah nampak hanis…kat kedai maxis tue…hujung sem..rajin masuk dalam…btw..selamat berjaya mengarang 🙂
        .-= Sir Marcello´s last blog ..Ibarat Putus Cinta Kali Kedua… =-.

  2. ery farieha Avatar

    U malaysia, semua turun kecuali USM UTM maintain, UPM naik. wahh UPM dah hebat. tp UKM turun. huwaaa
    .-= ery farieha´s last blog ..LELAKI KAT MALAYSIA MEMANG BUTA !! =-.

    1. acaitepeng Avatar

      @ery farieha, terbaik la u..harap harap pelajar juga terbaik,…lebih-lebih lagi pelajar melayu..

  3. maestro Avatar

    ehhh??IPTS xdak?mmu num brape?hehehehe
    .-= maestro´s last blog ..Timing is now!! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @maestro, IPTS entah bila nak masuk senarai. payah la kot…

  4. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    ok. uni aku ada masok. ekekek..

    utp mmg xderdlm list, tp org2 yg study dlm tu hebat2…XD
    .-= fiffy syafiqa hazirah´s last blog ..jangan makan gaji butooooo =-.

  5. master Avatar

    ranking thes-qs xleh caye sgt
    .-= master´s last blog ..Luaskan Makna Politik – Tan Sri Harussani =-.

  6. huda Avatar

    UM turun sebab I la yang spoil kan ranking dia ! HAHAHA 😛
    .-= huda´s last blog ..penangan awak busuk. =-.

  7. catt Avatar
    catt

    UTM maintain 🙂

  8. topo Avatar

    aku pernah pi U yg no 1 dengan 2.. memang superb..
    .-= topo´s last blog ..Patung Barbie Dikitar Semula Menjadi Barang Kemas =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, tu ah, aku terbaca dalam entri ko tu ko ada mention Uni HK sebagai uni num 1 di Asia.

  9. aizuddin Avatar

    no 1 rupanya univ of hk..rugi tak dapat g.hehe..utm maintain je..
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.

  10. azizie Avatar

    haha. utp mane ade. ini semua IPTA
    .-= azizie´s last blog ..Harimau Bintang Yang Penyayang =-.

    1. hanis Avatar

      @azizie, Agaknya kedudukan UTP di mana, ya??

      [nak tahu juga, sebagai warga UTP. Tapi kelakar. Dah 5 tahun duduk UTP, baru minggu ni pertama kali ke pejabat di tingkat 4 kompleks Canselor. Dan pertama kali tahu di mana pocket D, naik ke JPSP. dan baru teringat Arau Open di kampus, dan teringat fasal budak Sarawak yang jadi kelebihan kepada UTP masa debat kefahaman Islam. dan masih berbangga walaupun UTP di”kalah”kan oleh hakim sebab malu dengan prestasi U yang berprinsip Islam tapi tak mampu lawan UTP.]

      [aku tetap warga kariah UTP]
      .-= hanis´s last blog ..Pengumpul =-.

      1. azizie Avatar

        @hanis, Tak tau la nak cakap. UTP susah nak masuk dalam survey2 macam ni sebab jumlah student UTP pun tak smpi 10000. Kasar sgt tu kalau tak tahu kat mana Pocket D. Situ mmg hari2 kene lalu kot kalau pegi lecture. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge