Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2009/2010

Salam sejahtera buat semua.

Sesi matrikulasi 2009/2010 telah berakhir baru-baru ini selepas peperiksaan semester 2 berakhir. Kini, pelajar matrikulasi sesi 2010/2011 telah pun memulakan sesinya mulai 10 Mei tempoh hari.

Berkenaan peperiksaan semester 2 tempoh hari, keputusan peperiksaan semester 2 tersebut bakal diumumkan tidak lama lagi. Semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sila baca dengan teliti di bawah.

Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Program Matrikulasi

Para pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010 mulai jam 10 pagi 18 Mei 2010 (Selasa).

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi 2009/2010

Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester 2 sesi 2009/2010 ini boleh disemak melalui beberapa cara seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. Secara Dalam Talian (Online)
  2. Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Sila taip MOE MAK <no kad pengenalan> dan hantar ke 15888
      Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  3. Secara Telefon
    • Sila hubungi Kolej Matrikulasi masing-masing, atau
    • Hubungi Sektor Hal Ehwal Akademik BMKPM di talian 03 8884 4022

beliamuda: Tahniah kepada pelajar lepasan matrikulasi yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan semester 2 sesi 2009/2010. Jangan lupa untuk permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan matrikulasi.

Comments

7 responses to “Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi Sesi 2009/2010”

  1. wan Avatar
    wan

    aduuii. nevesnya

  2. ara Avatar
    ara

    takotnya…

  3. jas Avatar
    jas

    keputusan sememter matrikulasi boleh disemak melalui sini:
    http://apps.emoe.gov.my/matrik_keputusan/
    btol ke x ni?

  4. farashah91 Avatar
    farashah91

    dah baca terus berdebar2 tggu esok…argh….takutnya…

  5. putra medic Avatar

    syukur…..lulus jgk hahahaha

  6. putra medic Avatar

    wei…wei… bangunla… solat sbh… result da leh check…..hahahahah lawak3

    1. muslimah Avatar
      muslimah

      @putra medic, cmne nk check??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge