Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

Salam sejahtera buat semua.

PILN 2010 adalah dibuka khusus kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Pelajar-pelajar yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat minima yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran mengikut bidang pengajian yang dipohon.

Bagi tahun 2010, Kerajaan menyediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

Program Ijazah Luar Negara 2010

Bagi PILN 2010, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan daripada pelajar-pelajar lepasan SPM. Daripada jumlah tersebut sebanyak 10,956 permohonan melepasi syarat minima dan layak di temuduga. Bilangan tersebut menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.

Memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal. Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010

Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara 2010 boleh disemak pada 21 Mei 2010 mulai jam 3 petang di portal eSila JPA.

Anda boleh semak keputusan dengan mengklik butang “Semak Keputusan” di bahagian bawah. Sila daftar masuk dengan Nombor MyKad dan kata laluan anda.

Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan akan dikeluarkan pada 4 Jun 2010

beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya dalam permohonan PILN 2010. Bagi yang ada maklumat mengenai rayuan PILN 2010, saya mengalu-alukan perkongsian anda dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Comments

20 responses to “Semakan Keputusan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010”

  1. jj Avatar
    jj

    boleh saya tau rayuan tuh utk PILN ke PIDN?
    yg kluar 4hb jun tuh PIDN ke ?

    1. beliamuda Avatar

      @jj, untuk PILN.

  2. SF Avatar
    SF

    adakah jika pemohon memilih bidang yg bukan perubatan, peluang untuk mendapatkan biasiswa ini nipis?

    1. beliamuda Avatar

      @SF, kalau anda memohon bidang di bawah tawaran biasiswa ini, pastinya ia akan ditawarkan jika anda berjaya. Betulkan saya jika saya salah faham dengan kenyataan anda.

      1. SF Avatar
        SF

        @beliamuda, adakah kuota pembahagian biasiswa JPA diberi keutamaan kepada bidang perubatan berbanding bidang lain? persoalan ini ditujukan kerana kawan-kawan yang memilih jurusan perubatan mendapat biasiswa ini, tetapi kawan yang memilih bidang IT tidak mendapat. Padahal yg tidak dapat itu lebih cemerlang dari segi semua aspek.

        1. beliamuda Avatar

          @SF, yup, bidang perubatan jauh lebih kritikal daripada bidang IT dan telah diberitahu yang keutamaan akan diberikan kepada bidang2 seperti perubatan.

  3. […] Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang memohon di bawah Program Ijazah Luar Negara 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat perubahan tarikh pengumuman untuk keputusan Rayuan PILN 2010, kemasukan ke Universiti-Universiti Penyelidikan (Research Universities) dan tawaran Program Ijazah Dalam Negara 2010 bagi lepasan SPM 2009, bukan seperti yang dimaklumkan dalam entri Semakan Keputusan Biasiswa PILN 2010. […]

  4. James Avatar
    James

    kenapa keputusan PILN yang dikeluarkan pada minggu ke-3 Mei tidak dapat disemak lagi?Bagi yang telah berjaya dapat biasiswa JPA,bilakah mereka boleh mendapat surat tawaran?

  5. yan Avatar
    yan

    BM surat tawaran untuk ke kolej mara (persediaan )PILN tak sampai-sampai lagi! Mara dah hantar ke belom?

    1. beliamuda Avatar

      @yan, tak cuba hubungi pihak MARA?

  6. Norina Hj Kanafi Avatar
    Norina Hj Kanafi

    Saya cuba semak keputusan rayuan PILN di E-Silav2.gov.my, tapi ruang untuk semakan tiada. Seperti yg diumumkan hari ini selepas pukul 3.00pm sepatutnya keputusan dikeluarkan. Adakah akan ditangguhkan untuk satu tarikh lagi.

    1. beliamuda Avatar

      @Norina Hj Kanafi, keputusan tersebut telah pun dikeluarkan.

  7. zaf Avatar
    zaf

    keputusan university penyelidikan sudah keluar kot?

  8. zaf Avatar
    zaf

    Salam,keputusan untuk university penyelidikan dah keluar ke?

    1. beliamuda Avatar

      @zaf, yup, dah keluar,

      1. zaf Avatar
        zaf

        @beliamuda, macam mana nak check?

        1. beliamuda Avatar

          @zaf, semuanya boleh disemak di portal esila JPA.

  9. shaik zainal Avatar
    shaik zainal

    salam…sye ingin bertnye bilekah rayuan untuk biasiswa pidn 2010/2011 bole dbuat?

  10. hafizuddin Avatar
    hafizuddin

    salam, saya calon spc MARA spm2010 untuk PILN
    bagaimana boleh saya membuat semakan sama ada saya berjaya atau tidak
    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge