Catatan Perjalanan – Seribu Satu Malam di Ipoh

Salam sejahtera buat semua.

tiga-jantan-macho

Ok, tajuk saja kasi gempak. Padahal satu malam je pun keluar ke bandar Ipoh tu. Ini adalah sebuah catatan perjalanan tidak dirancang dan dilaksanakan secara rambang. Ini juga adalah kesinambungan kepada entri yang lalu iaitu gambar jejaka kacang.

Keputusan Rambang Kepada Sebuah Perjalanan Tidak Dirancang

Pukul 5.30 petang, hari Sabtu yang lalu, pintu bilik diketuk dengan galaknya. Akmal dan Fauzi datang mengejut untuk mengajak saya turut serta ke Ipoh. Tujuan asal, untuk ke PC Fair di Stadium Indera Mulia, Ipoh dan mencari hp baru untuk Fauzi yang dah terlalu lama kepingin mendapatkannya.

Ajakan bersahut, maka kami berlima, termasuk Shamsul dan Muzakkir keluar hampir pukul 6 petang sambil meredah hujan yang kadang kala lebat. Sedingin keadaan di luar, dingin juga keadaan di dalam kereta. Namun suasana dihangatkan dengan lawak sengal daripada mereka-mereka yang memang mulut tak reti duk diam ni.

Destinasi pertama kami adalah mencari kedai makan sebab masing-masing dah lapar dan petang pun dah beransur bertukar malam. Nak cari tempat nak makan pun boleh jadi masalah. Banyak pilihan, tapi tak tahu nak pergi mana satu. Akhirnya, restoran Laksamana Cheng Ho menjadi pilihan.

Lima Jejaka Cheng Ho

Kebetulan pula Akmal yang memandu kereta tak pernah lagi jejak kaki ke restoran tu. Kami sebelum ni (semester lepas) telah mengadakan jamuan Dinner ChemE Jan07 di restoran Laksamana Cheng Ho. Teringat pulak saat-saat manis masa malam tu (jadi organizer – bendahari). Tak sabar untuk Dinner ChemE sem ni. ^_^

Sesudah makan, kami terus ke masjid yang ada di kawasan Greentown tu untuk solat maghrib. Walaupun dah dua kali sampai ke sini, saya tak tahu pula nama masjid ni. Kalau ada yang tahu tu, sudi-sudikanlah berkongsi nama masjid tu.

Misi Membawa Pulang Nokia E66

Sesudah solat, kami terus ke Greentown Mall dalam misi untuk membawa pulang hp Nokia E66 yang ingin dibeli oleh Fauzi. Sebagai pengguna Nokia, kehadiran saya diperlukan (ayat poyo) sebab sebelum ini Fauzi adalah pengguna setia Sony Ericsson. Pusing punya pusing gerai hp dalam tu sebab nak cari harga yang paling murah, tapi last-last terlepas jugak sebab dah disambar orang.

poji dan nokia e66

Layan hp baru~

Sebab Fauzi ni memang dah nak sangat dengan Nokia E66, dia angkat la jugak daripada gerai yang mula-mula sekali kami singgah. Sejam jugak duk pusing survey harga. Kena pulak promoter tu (Amoi, tapi Islam rasanya) menjadi daya penarik untuk Fauzi membeli di situ, sampaikan…. (Fauzi, sila sambung sendiri)

kacang-poji-jj

Miting jap nak wat apa lepas ni…

Tercapai sasaran utama misi ke Ipoh kali ni, kami bercadang untuk ke Kinta City aka JJ. Dalam perancangan, sama ada tengok muvi ataupun main boling. Tapi akhirnya, dua-dua tak buat sebab muvi memang dah penuh (Iron Man 2 dan Ip Man 2) dan rakan-rakan semua ketiadaan mood untuk berboling. Sambil lepak kejap di situ, sempat snap macam-macam gambar…

Kacang Menglembu dan Jom Karok!

Hampir tengah malam, kami bertolak keluar dari JJ. Kalau masa masuk tadi jem sesangat di bahagian parking, masa keluar keadaan dah jadi lengang. Arah tuju kami seterusnya ialah Shogun Batu Gajah untuk karaoke. Tapi sebelum tu singgah dulu di kedai mamak jap untuk supper. Sebelum tu lagi, kami sempat menangkap gambar di bulatan kacang, Menglembu.

aku-kacang-menglembu

Jom makan kacang Menglembu!

Kami singgah di sini sebab simbol kacang tu adalah simbolik kepada seseorang. Turun kereta je, terus salakan anjing menyambut kami. Nasib baik anjing tu diikat. Tanpa ditunggu-tunggu, kami ke bulatan yang ada binaan kacang tu. Tak cukup pengcahayaan untuk tangkap gambar malam tu, dua hp menyumbang flash dan satu lagi menyuluh dengan cahaya LED hp Nokia 1100. Tangkap gambar dengan Nokia 5800 XM je pun…

Masa nak blah daripada situ, ada dua ekor anjing yang berkeliaran dekat kawasan tu. Apa lagi, masing-masing lintang-pukang la masuk dalam kereta. What a moment!

poji-karok

Lepas tu pergi karok dan menjerit puas-puas di Shogun Batu Gajah sampai rasa nak pecah anak tekak hampir sejam setengah sebelum beransur pulang semula ke UTP. Tengah syok karok tu, boleh pulak bateri kedua-dua hp habis. Satu hp tu sebab memang bateri dah tinggal satu bar dan satu lagi sebab banyak sangat guna flash untuk tangkap gambar.

kacang-and-hp

“Malam ni abang balik lambat tau”

beliamuda: Berakhirnya presentation PCS pagi tadi. Kesilapan paling besar, tidak menghidupkan suasana presentation tu (setup stage) tapi ada dua rakan yang dah mula guna WordPress selepas presentation tu… 🙂

Comments

31 responses to “Catatan Perjalanan – Seribu Satu Malam di Ipoh”

  1. penaberkala Avatar

    gi karok tak ajak aku
    weh, persuade ak utk guna wordpress plak,hak3
    .-= penaberkala´s last blog ..UGUT BUNUH NIK AZIZ? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, jom la lain kali.. ajak Amir sekali.. haha.. jejom guna wordpress lak…

  2. supel Avatar
    supel

    x pasal2 ak terlibat di dlm aktiviti pengkarukan.
    hahahah…

    1. Amir Avatar

      ni supel shah pekan spm’06 ke?
      .-= Amir´s last blog ..Senarai Top 10 Blog Yang Menggunakan Domain OH =-.

      1. supel Avatar
        supel

        @Amir, amirudin said? yup..ini supel shah spm06.(^_^)

        1. Amir Avatar

          OMG supel!!!!!!! tak sangka jumpa ko kat sini. hahaha.
          .-= Amir´s last blog ..Who is the cutest =-.

          1. beliamuda Avatar

            @Amir, wah, pertemuan kawan lama ni. 🙂

    2. beliamuda Avatar

      @supel, first time kan? best apa!

      1. supel Avatar
        supel

        @beliamuda, agak menarik.(>_<)

        1. beliamuda Avatar

          @supel, haha.. lain kali nak tengok ko head banging sekali!

  3. aminbaek Avatar
    aminbaek

    sapa lagi yang pakai wordpress da?

    1. Pisyek Avatar

      @aminbaek, yg pasti pisyek x pakai lagi WP ni.. hehe…

      XD
      .-= Pisyek´s last blog ..Jadi hensem dengan Google Apps? =-.

    2. beliamuda Avatar

      @aminbaek, ko dan izzati. n faris also~

  4. ikin Avatar

    ikin pun dah start menggeledah laci2 wordpress, tapi sebagai personal private blog aje..~
    .-= ikin´s last blog ..gangguan semasa exam =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, wordpress self-hosted lagi advance dan sedap untuk digeledah~

  5. mokteh Avatar

    tahniah…ada gak org pakai WP lepas tu maknanya presentation kamu berkesan la tu
    .-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @mokteh, ok la kan…

  6. lipanboy Avatar
    lipanboy

    gambar aku tuh mcm stylo la..i like..haha..ms tuh aku nga nyanyi lagu ape ek??

    1. beliamuda Avatar

      @lipanboy, entah la.. aku rasa ni time awal2…

  7. blinkky Avatar

    Tengok muka pun macam dah letih tu =)
    .-= blinkky´s last blog ..Iron Man 2 Movie Wallpapers =-.

    1. beliamuda Avatar

      @blinkky, mana tak letihnya kan kalau dari pagi dah aktif sampai ke lewat malam lak tu..

  8. Yoy Avatar

    peh..bole buat seminar blogging ni..hehe

    1. beliamuda Avatar

      @Yoy, tak sampai tahap tu lagi. masih tahap beginner lagi ni…

  9. Pisyek Avatar

    makan kat cheng ho mahal x?

    smlm aku g mkn kat kedai nasi lemak ayam kampung…

    XD
    .-= Pisyek´s last blog ..Cara terpantas selesaikan Rubik =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, hmm… mahal sikit la daripada kedai biasa. air tu segelas dah RM3. ikan siakap tu RM35.

  10. […] sangka, sebuah entri keluar jalan-jalan ke Ipoh dengan rakan-rakan telah menemukan dua rakan lama. Ala-ala jejak kasih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge