Bermain Pac-Man di Laman Google

Salam sejahtera buat semua.

Google Pac-Man

Inilah Google Doodle yang paling interaktif pernah dikeluarkan oleh Google. Kalau selama ni hanya gambar pegun yang mengisi Google Doodle, namun kali ini satu permainan interaktif, Pac-Man telah mengisinya.

Anda hanya perlu ke laman Google dan memulakan permainan. Anda boleh terus bermain walaupun telah kehilangan “nyawa” hanya dengan menekan butang “Insert Coin”. Dengan dua kali klik pada butang “Insert Coin”, pemain akan dibawa kepada mode multiplayer dengan kehadiran Ms. Pac-Man. Jom main~

Fakta:

  • Google Doodle kali ini adalah sempena ulang tahun ke-30 Pac-Man.
  • Permainan Pac-Man ini akan bertahan selama 48 Jam mulai 21 Mei (waktu US).
  • Pepijat (bug) asal Pac-Man turut dimasukkan sama seperti permainan asal. Kalau anda tahu pepijat tersebut, jangan lupa untuk mengeksploitasinya.
  • Untuk multiplayer, Pac-Man akan dikawan dengan kekunci Arrow, sementara Ms. Pac-Man dengan kawalan kekunci WASD.
  • Pemain yang menghabiskan permainan akan dibawa ke carian “Pac-Man 30th Anniversary”.
  • Beberapa syarikat melaporkan penurunan produktiviti pekerja sejak Pac-Man dimasukkan sebagai Google Doodle dan telah menghalang akses sementara ke Google.

beliamuda: Permainan yang klasik dan ianya sangat diminati oleh Mama saya~ ^_^

Comments

13 responses to “Bermain Pac-Man di Laman Google”

  1. supel Avatar
    supel

    saya pun terleka sebentar bermain permainan ini…
    amat menyeronokkan…
    (^_^)v

  2. luqman hakim Avatar

    saya pun sama sperti saudara supel
    terleka sebentar

    1. beliamuda Avatar

      @luqman hakim, bukan sebentar, lama gak kot…

  3. penaberkala Avatar

    haha,baru lepas abis main
    .-= penaberkala´s last blog ..HARI-HARI TERAKHIR =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, best2~

  4. Bro Framestone Avatar

    Bro suka main game nie dulu… even pernah sampai level ke-3 je

    pagi td bro ade bermain kat laman google.. cuma xtau pulak ade mode multiplayer n Ms. Pac-Man
    .-= Bro Framestone´s last blog ..[Breakfast]Nasi Goreng Sambal Petai =-.

  5. eyra Avatar

    best kn?

    1. beliamuda Avatar

      @eyra, layan sampai lagha~ ^_^

  6. ikin Avatar

    best2~
    sempat main tapi malas nak layan lama2
    .-= ikin´s last blog ..RFC vs KFC, Bank Islam=konvensional? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, ok la. layan lama2 kan membazir masa pulak.

  7. […] Google Pacman ini boleh dimainkan di peranti sesentuh seperti iPhone dan iPad. Klik untuk info menarik Google Pacman. […]

  8. […] lagi Google tampil dengan doodle yang menarik seperti doodle google pacman. Kali ini Google Doodle diisi dengan video bersempena dengan ulang tahun kelahiran John Lennon yang […]

  9. […] dengan animasi yang menarik dan interaktif. Mengisi barisan doodle yang lebih interaktif seperti animasi pac-man dan video John Lennon, kali ini Google tampil dengan doodle animasi selaman di dasar laut seperti […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge