Salam sejahtera buat semua.
Kepada seluruh umat Islam, sama-samalah kita membaca doa Qunut Nazilah dalam solat sebagai cara bantuan kita kepada konvoi NGO dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang sedang ditimpa musibah natijah daripada serangan Rejim Zionis ke atas Kapal Konvoi LL4G.
Dibawah ialah bacaan Qunut Nazilah.
Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Anda juga boleh muat turun bacaan Qunut Nazilah dalam format PDF dengan klik pautan di bawah:
<< Bacaan Pendek || Bacaan Panjang >>
beliamuda: [1] Bacaan Qunut Nazilah boleh dilakukan dalam rakaat terakhir selepas rukuk setiap kali solat. [2] Sama-samalah kita berkongsi dengan rakan kita dan turut sama membacanya.
israel makin menjadi2..akhir zaman
Terima kasih kerana berkongsi~
aku pinjam gambar, nak print~
=)
.-= Lord Zara´s last blog ..Misi Kemanusiaan Diserang – LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege. Apa Tindakan Kita Sahabat? =-.
@Lord Zara, silakan cikgu.
aku Amin kan. “aminnn…”
permission utk amek gamba doa qunut. 🙂
@aef, silakan.
Pingback: Mengutuk Tindakan Rejim Zionis Terhadap Flotilla Bantuan ke Gaza | beliamuda {dot} com
Student : Ustaz..doa qunut tu panjang ka pendek
Ustaz : Eeemm..ada panjang pendek ka.Ok..cuma bacakan..??
Student : Ok..yang panjang QUUUNUUUUT…yang pendek..QUNUT..hehehe
Ustaz : Ish3..kamu ni..(piang2bush)
Student barulah sedar bahawa tiada doa qunut panjang dan pendek..sesal buat tadi..hahaha
.-= Che Daisy´s last blog ..Lahir mu kedunia..Membawa cahaya.. =-.
@Che Daisy, haha, ni ada video yang lawak pasal kisah ni.
yuk baca qunut nazilah setiap sholat supata yahudi (israel) laknatullah hancur
boleh tak baca maksudnya jer sebab tak ingat ayat arabnya tu.
@Syamilah, sebolehnya, baca dalam bahasa arab tu. kalau nak baca maksud je, tak boleh sebut secara nyata dalam solat (mungkin boleh terbatal solat tu).
Sebagai seorang muslim, kita wajib menentang kemungkaran yg berlaku terhadap agama Islam yg suci.dan selemah2 usaha adalah dgn berdoa memohon perlindungan Allah…sama2 lah lakukannye…
terima kasih kerana info nie bro..
Myblog: rugi tak baca pelbagai cerita yang aneh, pelik, comel, ajaib disini