Salam sejahtera buat semua.
Aku pelik juga kadang-kadang dengan sikap sesetengah orang ni. Untuk suatu hal yang sangat mudah, mereka cenderung untuk merumitkannya. Kenapa la nak menjadikan keadaan lebih rumit?
Untuk lebih spesifik, cuba hayati keadaan ni. Katakanlah korang tanya sesuatu kepada seseorang. Soalan yang mudah je la sebenarnya. Tapi dijawabnya tiada apa-apa. Padahal mesti ada sesuatu disebaliknya.
Ok, mungkin ada yang akan kata, “tu hak dia la”. Memang itu hak dia, tapi bukan ke jadi tak best kalau lepas tu orang yang bertanya tu tahu apa sebab sebenarnya. Kalau lepas tahu hal sebenar dan ianya hal yang berat dan sulit, boleh la terima jugak. Sekali dapat tahu benda tu sangat remeh je sebenarnya.
Kenapa susah sangat nak jawab eh? Malas sangat nak cakap eh? Tak pun ada “halangan” untuk memberi jawapan? Padahal dia yang bertanya dulu dan mahu kita menjawab. Apabila ditanya balik kenapa bertanya, tak mahu pula nak beritahu. Heh…
beliamuda: Sebab kita bukan cakap dengan pokok. Kita cakap dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

Leave a Reply