Program Biasiswa Khazanah Watan

Salam sejahtera buat semua.

khazanah watan

Program biasiswa Khazanah Watan adalah anugerah biasiswa yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang berbakat dan cemerlang untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dan Pasca Ijazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih dalam negara.

Sasaran utama program biasiswa Khazanah Watan adalah untuk melatih pelajar Malaysia yang berbakat untuk menjadi peneraju Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), seterusnya memacu kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa; dan untuk melatih individu yang cemerlang akademik sebagai peneraju dan penggerak bidang penyelidikan di Universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

IPT yang ditawarkan:

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Bidang pengajian yang ditawarkan; Ijazah, Sarjana ataupun Kedoktoran:

  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Pelaburan
  • Guaman
  • Sains Aktuari
  • Kejuruteraan Bio
  • Bio-informatics
  • Teknologi Bio (Bio-tech)
  • Biologi Molekular
  • Teknologi Makanan
  • Genomics
  • Elektronik
  • Elektronik Mikro
  • Sains Bahan
  • Teknologi Nano (Nano-tech)

Syarat dan Kelayakan

Ijazah Pertama (Sarjana Muda)

  • Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 21 tahun pada 1 Januari 2010.
  • Berada dalam Tahun Pertama untuk Ijazah Sarjana Muda di salah satu IPT terpilih.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 1B dalam STPM atau GCE A-Levels atau minuma CGPA 3.50/4.00 untuk program asasi / pra-universiti / matrikulasi.
  • Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 35 tahun pada 1 Januari 2010.
  • Mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di salah satu IPT terpilih.
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.50/4.00 atau Second Class Upper atau ‘A’ dan setaraf.
  • Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.

Perigkat Ijazah Kedoktoran

  • Rakyat Malaysia yang tidak melebihi umur 40 tahun pada 1 Januari 2010.
  • Berada dalam tahun pertama pengajian Ijazah Kedoktoran atau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah satu IPT terpilih.
  • Mendapat Ijazah Sarjana dengan kepujian atau minima CGPA 3.50/4.00 atau gred purata ‘A’ dan/atau laporan penilaian cemerlang untuk Ijazah Sarjana dalam penyelidikan.
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.50/4.00 atau Second Class Upper atau ‘A’ dan setaraf.
  • Mempunyai ketokohan dalam kepimpinan dan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial ataupun aktiviti sukarelawan.

Biasiswa akan meliputi bayaran yuran tuisyen, belanja harian, penginapan dan pembangunan dan sokongan latihan. Penerima biasiswa akan terikat dengan Khazanah.

Cara untuk memohon

Permohonan boleh dilakukan melalui dalam talian. Hanya permohonan dalam talian sahaja yang akan diterima.

  • Sila cetak salinan borang permohonan yang lengkap untuk simpanan sendiri. Pemohon boleh melihat dan meminda borag permohonan sehingga tarikh tutup.
  • Nombor pengenalan unik akan diberikan secara automatik sebaik sahaja borang permohonan dalam talian dihantar. Sila cetak nombor pengenalan untuk salinan anda. Pemohon memerlukan nombor pengenalan untuk menyemak atau meminda borang permohonan dalam talian mereka.
  • Nombor pengenalan calon yang berjaya akan disenarai pendek untuk temuduga boleh disemak di laman web permohonan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2010. Mohon sekarang di sini.

Comments

13 responses to “Program Biasiswa Khazanah Watan”

  1. Nikuve Avatar

    Best dapat Ijazah ni.. yg mungkin layak akan dtg mungkin “Peringkat Ijazah Sarjana” kot.. Sarjana Muda tak dapat den.. Kira ambil Degree nnti boleh request kan?
    .-= Nikuve´s last blog ..Flashback and thinking =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Nikuve, boleh je rasanya. Tengok syarat2 dia la.

  2. denaihati Avatar

    aku setakat degree hons second class upper je lebih tak minat lebih suka dapat master n PHD dari hard rock universitu. minat manusia berbeza2.
    .-= denaihati´s last blog ..Dijemput ke Majlis Jamuan Petang 1Malaysia bersama PM =-.

  3. imran Avatar

    Sayangnya bidang pendidikan tidak termasuk dalam senarai 🙁

    1. beliamuda Avatar

      @imran, mungkin sebab tiada kaitan dengan Khazanah.

  4. ikin Avatar

    er..UUM tadek?
    xpe2..tunggu yayasan ikin wujud nnti.. kasi kat uum aje..~:D

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, tunggu~

  5. aznie Avatar
    aznie

    saya buka laman web khazanah untuk apply tapi tak dapat la.bila masuk dekat borang tu,dah isi tapi mana ada bahagian submit pown…macam mana nak hantar??huhu

    1. beliamuda Avatar

      @aznie, kalau ada masalah mcm tu, boleh hubungi pihak berkenaan.

  6. amal Avatar
    amal

    semakan nama yg layak ditemuduga,mcm mne nk tgk?

  7. waniwisy Avatar
    waniwisy

    hari tu sy ade apply yayasan khazanah watan. sy dpt. tp ape y untungnya dpt scholarship tu..explain..

    1. beliamuda Avatar

      @waniwisy, penerima biasiswa berpeluang untuk masuk dalam GLC. Lagipun, pemberi biasiswa ni pun GLC.

  8. hazila Avatar
    hazila

    sayangnya permohonan lepasan STAM tdak tsenarai utk memohon..;(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge