(Mirwana & Altimet) Itu Ini Begitu Begini: Persepsi Modenisasi

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Kali pertama lagu Itu Ini Begitu Begini hinggap di telinga saya adalah pada malam Pesta Konvo Ke-11 Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang dipersembahkan secara langsung oleh Mirwana (tanpa kehadiran Altimet). Mirwana adalah salah seorang artis yang dijemput untuk membuat persembahan selain daripada kumpulan Muzzy.

Kalau tak silap saya, pada malam persembahan tersebut, bahagian rap yang dibawa oleh Altimet dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Mirwana. Akmal mungkin? *Kemaskini* Menurut Akmal, bahagian rap pada malam tersebut dibawa oleh Ikram.

Continue reading

(Faizal Tahir) Karma: Anda Percayakah?

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Dah dekat tiga bulan lebih Melodi d’Hujung Minggu sepi macam tu je. Rasanya dah cukup tempoh pendam. Lagu Karma oleh Faizal Tahir ni baru je dengar dalam dua tiga hari lepas. Asyik ulang-ulang je, mungkin sebab klip video tu yang mengancam, terutama bahagian hujung klip video tu.

Kalau yang belum tengok tu, boleh la tonton dulu klip video official lagu Karma oleh Faizal Tahir dalam video di bawah. Ngeri betul part last tu. Rasa macam betul je. >_<

Continue reading

(Trailer) Angry Bird The Movie: Sekadar Prank atau Parodi?

Salam sejahtera buat semua.

Angry Bird @beliamuda

Beberapa hari lalu, ada sebuah video di Youtube yang telah dimuatnaik dengan tajuk Angry Birds: The Movie (Trailer). Kalau sape yang pernah main dengan game Angry Bird atau pernah tahu apakah itu Angry Bird, pasti akan tertarik untuk klik dan menonton video tersebut.

Sekali tengok trailer tu, rasa macam betul pulak kan akan ada filem Angry Bird. Tapi saya terfikir jugak, betul ke akan ada filem Angry Bird ni nanti? Dah la pengarahnya tu Michael Bay. Macam prank je kan (sebab dah dekat dengan 1 April – April Fool). Korang tengok dulu spoof trailer tu dalam video di bawah.

Continue reading

(Bandi Amuk) KereK: OST Filem KaraK

Salam sejahtera buat semua.

Seram tak tengok Bandi Amuk dalam klip video MTV KereK – OST Filem KaraK? Agak stail gaya dia nyanyi dengan tangan diikat macam boneka yang dikawal oleh budak sekolah tu.

Sayangnya, kalau nak tengok video penuh lagu ni, kena tengok kat Tonton. Sape la nak daftar kat Tonton kalau privasi pengguna pun tak dijaga kan? (sila rujuk kes emel ucapan Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri). Tunggu je la sampai ada yang muat naik MTV penuh KereK kat youtube nanti.

Continue reading