Salam sejahtera buat semua.
Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2009 akan dikeluarkan pada Isnin ini iaitu 11 Januari 2010.
Majlis Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Semakan Keputusan MUET 2009
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi SMS dengan menaip MUETNo. K/P dan hantar ke 36363 mulai pukul 12.01 tengah malam 11 Januari 2010, atau dengan melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.
Seramai 79,206 calon menduduki ujian itu di 905 pusat di seluruh negara tahun lepas, menurut kenyataan itu.
Dipetik dan disunting daripada Bernama.
Leave a Reply