Salam sejahtera buat semua.
Dah penat cakap omputih dalam dua entri mengenai fakta Burj Dubai dan penamaan semula Burj Dubai kepada Burj Khalifa. Perasmian yang cukup gilang-gemilang dengan persembahan bunga api dan pelbagai lagi pertunjukkan lain itu diadakan sekitar lewat tengah malam waktu Malaysia.
Kalau ada yang rajin semalam, boleh la tengok live streaming. Tak sangggup nak tunggu sampai habis semalam. Hanya follow sikit apa yang dikicaukan di twitter.
Burj Dubai ditukar nama kepada Burj Khalifa sempena dengan nama Presiden UAE yang juga pemerintah Abu Dhabi sekarang ini iaitu Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan. Tiada siapa yang mengjangkakan penukaran nama ni.
Turut dirungkaikan kepada umum ialah ketinggian sebenar yang menjadi tanda tanya. Sepanjang pembinaan bangunan tertinggi dunia ini, ketinggiannya berubah sedikit demi sedikit daripada pelan asal.
Secara rasminya, ketinggian Burj Khalifa ialah 828m yang telah awal-awal lagi memecahkan rekod menara bangunan tertinggi, menara tertinggi, struktur tertinggi dan pelbagai rekod lain. Jumlah tingkat yang ada ialah 160 (rekod sebelum ini dipegang oleh World Trade Center).
Bijak juga Malaysia dala pembinaan Menara Berkembar Petronas. Satu rekod yang sukar dipecahkan iaitu menara berkembar tertinggi. Berganda-ganda kos pembinaan kalau nak bina dua struktur berkembar yang tinggi. Tu pun sebab WTC dah diruntuhkan. 😀
Lagi gambar persembahan bunga api di bawah.

Satu bangunan penuh dengan bunga api. Habis berasap…

Bunga api keluar di setiap tingkat kot.

Dah habis terbakar bunga api, tinggal asap je la…

Percikan bunga api di puncak binaan tertinggi di dunia.
beliamuda: Persiapan pembukaan ni pun dah ambil masa yang lama. Entah berapa kos yang habis untuk majlis perasmian ni sahaja. Video perasmian boleh dlihat di blog AriffShah. Lebih lanjut mengenai Burj Khalifa di wikipedia.


Leave a Reply