Salam sejahtera buat semua.
Baru semalam terbaca entri di blog Amanz berkenaan versi baru WordPress. Ura-ura tentang pelepasan versi baru ini telah lama diperkatakan. Dengan beberapa fungsi baru dan naik taraf daripada versi seterusnya, versi tersebut dilepaskan pada hari.
Antara fungsi baru yang diperkenalkan dalam versi 2.9 ialah:
-
Fungsi Trash – Fungsinya lebih kurang Recycle Bin dalam OS Windows. Selepas ini, tiada lagi mesej “Are you sure” yang akan keluar setiap kali melakukan proses pemadaman.
-
Editor Imej Terbina – membolehkan pengguna melakukan suntingan asas kepada imej seperti mengerat (crop), memutar (rotate) dan mengskalakan (scale) gambar.
-
Memudahkan proses kemas kini plugin dan menyemak tahap keserasian dengan versi terkini wordpress.
-
Memudahkan proses embedded video dengan hanya memasukkan URL.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh semak di laman wordpress.
beliamuda: kemas kini semudah satu klik sahaja…

ko update x?
.-= ariff´s last blog ..AriffShah vs ArifShah =-.
@ariff, yup, awal2 lagi dah update…