Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Vietnam Sukan SEA Laos 2009

Salam sejahtera buat semua.

logo FAM

Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 20 tahun berakhir jua. Emas untuk bola sepak Sukan SEA Laos 2009 akhirnya menjadi milik Malaysia setelah berjaya menumpaskan Vietnam 1-0. Walaupun Malaysia tewas 1-3 dengan Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan, tertebus juga kekalahan itu di pusingan akhir ini.

Walaupun sepanjang separuh masa pertama aksi pasukan Malaysia agak lemah, separuh masa kedua agak rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang balas. Gol tunggal Malaysia hadir pada minit-minit terakhir perlawanan.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25.

Malaysia yang berjersi biru menentang pasukan Vietnam yang berjersi putih. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas untuk bola sepak Sukan SEA ialah semasa edisi Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Perlawanan akhir tersebut diadakan di Stadium Merdeka dengan pasukan Malaysia menentang Singapura. Malaysia menang 3-1.

beliamuda: [1] Apa komen anda tentang perlawanan tadi dan prestasi pemain Malaysia? Saya tak reti nak komen pasal bola. Saya reti sorak bila bola masuk gol je. Hehehe… [2] Malaysia telah melepasi sasaran awal 30 emas. Setakat pukul 5 petang, Malaysia sudah memungut 35 pingat emas. Dengan ini, tambahan satu lagi pingat emas!

Comments

56 responses to “Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Vietnam Sukan SEA Laos 2009”

  1. ali Avatar
    ali

    tahniah untuk pasukan harimau malaya… emas setelah tempoh yang cukup lama… pertahankan apa yang telah kita capai dan tingkatkan prestasi anda semua.. untuk masa depan dan insya allah kita boleh pergi jauh lagi… syabas ~~!!

    1. RAZAK Avatar
      RAZAK

      saudara ali…saya sangat2 teruja berkongsi kemenangan pasukan bolasepak skuad 23tahun ini,
      bersama-sama kita mengkritik yng membina bagi memantapkan lagi pasukan bolasepak kesayangan kita sumua
      ini…..OLE-OLE MALAYSIA x 3…MALAYSIA BOLEH

  2. aminbaek Avatar
    aminbaek

    2nd half malaysia main baek gak a…
    tahniah malaysia..
    yeah
    alhamdulillah
    capai target…

    tp if tak capai target pn,asl malaysia nye bola menang emas
    orang lupa pasl mende len..cukup a bola je menang..haha

  3. fauzi dewa Avatar
    fauzi dewa

    pasukan malaysia bermain cara defensif pada 1 half dengan memberi tumpuan pada barisan pertahanan yang sebelum ni agak goyah bila di tekan pada 2 half rajagopal telah menukar rentah permainna dengan menyuruh barisan sayap cuba menembusi barisan pertahanan vietnam dan memasukkan zaquan adzha mengantikan penyerang yg kurang tajam di depan pintu gol dan menukar formasi permainnan dari 442 ke 451 nampak tempuh permainna berubah lalu penyerang kita dapat menjaringkan gol menerusi pemain real madrid Fauzi dewa yg dilahirkan di aperv sri rakyat bukit jalil

    1. naz Avatar

      @fauzi dewa, erkk, ko pemain real madrid? ekekek
      .-= naz´s last blog ..Nur Kasih awesomeness =-.

      1. fauzi dewa Avatar
        fauzi dewa

        kau mana kenal aku

  4. joe Avatar
    joe

    bape banyak sepakan penjuru pasukan MALAYSIA dapat dalam 1st half..?

    1. shah botak Avatar
      shah botak

      @joe, i do

      1. joe Avatar
        joe

        bape banyak malaysia dapat corner 1st halt..?

        1. dewa games Avatar
          dewa games

          1 la shafiq samzul

  5. shafiq samzul Avatar
    shafiq samzul

    zaquan adzha bukanya handsome aku lg handsome

    1. naz Avatar

      @shafiq samzul, aku prefer baddrol bakhtiar, tak hensem sgt tapi dribbling die lg superb
      .-= naz´s last blog ..Nur Kasih awesomeness =-.

  6. aiman pemburu Avatar
    aiman pemburu

    rajagopal kalau tak ade striker ambil aku Aiman Pemburu

  7. fauzi dewa Avatar
    fauzi dewa

    pemain malaysia yg lembik patut di hantar menjalani latihan
    kecergasan dengan aku kat mana mana cc cina baru cergas

  8. jo tai song Avatar
    jo tai song

    kalau nnak cergas minum tai song dulu sebab tu lah pasukan loas fit aku supply tai song dkt team diorang

  9. khairunnisa Avatar
    khairunnisa

    best tengok malaysia main second half.padan muka vietnam sbb pndg rendah kt malaysia.penantian 20 thn berakhir jgk.malaysia boleh..

  10. Roslan Nazri Avatar

    tahniah malaysia..yeah!!!!
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Malaysia Muncul Juara Bola Sepak Sukan Sea Laos 2009 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge