beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

(Star 5) Satu Cinta – Cinta Yang Didambakan

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 405 entri

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Minggu peperiksaan kali ni dirasakan sangat mencabar. Perubahan mood boleh berlaku bila-bila masa je. Sekejap rasa bersemangat, sekejap rasa down yang amat.

Sebenarnya, ada je entri nak ditulis semalam. Tapi, sebab rasa sangat terbeban semalam, aku tak jadi menulis dan lebih banyak bersendirian semalam. Lepas satu masalah, satu lagi datang. Rasa macam dah tak mampu je.

Alhamdulillah, cukup dengan sedikit nasihat daripada seorang ibu, hati terasa sedikit lapang. Terima kasih Mama kerana memahami.

Minggu ini, saya bawakan lagu yang baru sahaja didengari beberapa hari yang lalu. Terima kasih Yuyue (yang macho) untuk lagu ni. Sedikit sebanyak membantu dalam mengharungi saat-saat genting.

Jom layan lagu ni… (untuk audio sahaja, sila skrol ke bawah)

***

Star 5 – Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

***

Boleh juga didengari di sini…

***

beliamuda: [1] tinggalkan masa yang telah lalu, bersedia untuk menghadapi masa depan… [2] dugaan semalam, diharap menjadi pemangkin agar diri ini lebih matang di masa depan…


14

November
2009
Masa: 19:01

18 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. good luck sih

    out of topic–> tempoh bertenang mmg dah habis pun he…23x la nie outstation la pulak..dah lame xmasuk ofis…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @BroFramestone, TQ~

    [Reply]

  2. semangat hilang dan pergi begitu saja
    adoi..ssh btul nk tangkap smgt
    ayuh smgt!
    penaberkala´s last blog ..STANDING IN THE EYES OF THE WORLD My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, tu pasal.. parah molek la sem ni.. -_-”

    [Reply]

  3. hmmm..syahdunya..sgt menelusuk ke dlm hati…..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, :)

    [Reply]

  4. Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
    Dari hidup yang sia-sia
    hazwan´s last blog ..Tangga-Tangga Ke Pintu Bahagia My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, dan berikanlah kepada kami kejayaan di dunia dan di akhirat~

    [Reply]

  5. adoi.. da weng
    youthjihad´s last blog ..Vacuum Domain of Truth My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @youthjihad, adoi… stres btol kan.. sabo2..

    [Reply]

  6. lagu siapa ni ? apa maksud ‘fatamorgana’ ?
    eldy´s last blog ..Kenapa anda syok sendiri berblogging ? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eldy, lagu kumpulan Star 5…

    Fatamorgana >> 1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya.

    [Reply]

  7. Pengalaman itu adalah guru terbaik dalam sepanjang sejarah kehidupan.

    gudluck
    Kujie´s last blog ..Sidang tergempar My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Kujie, Terima kasih~

    [Reply]

  8. macam mana cik belia letak lagu dlm format mcm tu ye? khusus utk pengguna WP sahaja kah?
    nazra´s last blog ..Siapa sebenarnya Nazra ni? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, lagu yang bawah tu ambil di amini.net. Siap ada download link lagi di situ… ada code html dia untuk lagu ni..

    [Reply]

  9. muniey

    suka sangat lagu nie….
    x tau kenapa first time dengar… x blh nak tinggal..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @muniey, yup, sama lah.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan