Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook?

Salam sejahtera buat semua.

facebook_1

Sejak kebelakangan ni, semakin ramai rakan-rakan yang mempunyai akaun di Facebook (FB). Tidak kiralah rakan-rakan satu jurusan mahupun rakan-rakan zaman persekolahan. Tidak kurang juga cikgu yang pernah mengajar saya suatu masa dulu.

Beberapa minggu lalu, saya ditunjukkan profil FB kepunyaan seorang rakan. Terus, dia mengajak saya untuk turut sama mempunyai akaun FB. Keesokannya, seorang lagi rakan menunjukkan profil FBnya. Dia pun turut sama mengajak saya.

Entah kenapa susah sangat saya nak buat akaun FB ni. Mungkin sebab dah ada akaun Friendster (FS) kot. Sejak akhir-akhir ini, makin ramai rakan yang beralih arah ke FB menyebabkan FS ditinggalkan lesu. Saya sendiri pun semakin jarang membuka akaun FS.

Beberapa hari lalu, semasa sedang berbual dengan adik saya, dia menyatakan yang dia pun dah ada akaun FB. Baru je aktif di Internet. Padahal, akaun FS pun dia baru ada, sekali dah ada akaun FB. Adik saya yang seorang lagi pun dah ada jugak.

me: ni duk baca manga ko?
me: ko wat gpo
Ani: duk ym ke ni
Ani: hahahaha
Ani: bleh gok
Ani: ni tgh duk fb
Ani: heheheh
me: facebook?
me: ado ko?
Ani: ado
Ani: abe ado?
me: haha
me: mne ado
Ani: mete2 la dy ado blog
Ani: huh
me: haha

Facebook Milik Yahudi?

Isu FB merupakan kepunyaan Yahudi menjadi perdebatan antara mereka yang mempunyai akaun FB. Mark Zuckerberg, merupakan seorang Yahudi dikatakan turut sama terlibat dalam pembiayaan kempen Zionis di Palestin. Saifulislam sendiri ada mengulas isu ini.

markzuckerberg

Oleh kerana isu ini, ada juga rakan yang mempunyai akaun FB terus sahaja menutupnya. Ramai juga yang timbul rasa ragu-ragu untuk membukan akaun di FB. Majalah Al-Islam sendiri ada mengeluarkan artikel “Zuckerberg guna Facebook untuk bunuh penduduk Palestin” keluaran September 2009.

Dalam keadaan ini, serba salah juga rasanya untuk mempunyai akaun di FB. Ada lagi tuduhan menyatakan FB digunakan sebagai medium untuk mengintip seluruh umat manusia di dunia ni. Katanya, sistem FB yang canggih ini disokong oleh badan perisik Amerika, CIA.

Sebagai info, Internet sendiri merupakan satu jaringan rangkaian yang dibina daripada ARPANET (Advanced Research Projects Agency Network). ARPANET ini dibina oleh United States Department of Defense semasa Perang Dingin, tetapi kenapa tiada pula yang menuduh ini sebagai satu medium pengintipan, sedangkan jaringan Internet itu sendiri mempunyai masalah yang lebih banyak dan berisiko tinggi?

Kelekaan Menggunakan Facebook

Facebook turut dikaitkan dengan ketagihan penggunaan. Ini disebabkan oleh aplikasi, permainan dan kuiz yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa faedah. Ramai yang membazir masa menghadap FB semata-mata untuk bermain permainan yang disediakan.

farmville

Ini merupakan salah satu faktor yang mungkin menjadi penghalang kenapa saya malas sangat nak buka akaun FB. Tapi, seperti yang diketahui rakan, saya bukannya seorang yang mudah ketagih dengan permainan komputer. Kelekaan penggunaan FB secara berlebihan boleh membawa kepada hukum HARAM (sila rujuk artikel di Saifulislam).

Berhubung dengan Rakan-Rakan

Salah satu sebab utama kenapa saya oleh diajak rakan untuk mempunyai akaun FB adalah sebagai medium perhubungan. FB, sebagai salah satu rangkaian sosial yang popular di dunia menjadikan ia sebagai satu medium yang sangat ideal untuk berhubung.

Saya sebenarnya lebih aktif di Twitter (tangga kedua penggunaan rangkaian sosial). Tapi, tak ramai pulak kawan-kawan yang aktif di sana. Mungkin sebab twitter ni hanya ada ayat-ayat dan huruf-huruf sahaja, menjadikan ia kurang diminati. Bagaimanapun, Twitter telah menjadi antara medium sebaran berita yang pantas.

Muhammad Hanifi - Google Search

Untuk pengetahuan rakan-rakan dan pembaca, jika kata kunci “Muhammad Hanifi” dicari di Google, dua hasil carian teratas dimiliki oleh saya. Kedudukan ketiga barulah dimiliki oleh seseorang yang mempunyai nama hampir serupa di FB. Kebanyakan hasil carian di muka pertama ini merujuk kepada saya. Mungkin sebab nama ni jarang digunakan…

beliamuda: mohon pendapat rakan-rakan dan pembaca dalam hal ini…

25 thoughts on “Perlukah Saya Memiliki Akaun Facebook?

  1. facebook kalu guna too much memang melalaikan..sbb semuanya ada..chat, comment(gosip) dan yg paling orang suka game a..tu yg kerajaan block facebook ni..takut produktiviti terjejas..

    kalu nk keep in touch dgn kengkawan tu ok je..tapi wat masa sekarang, blog lagi berfaedah dari social network..
    .-= fit´s last blog ..I DONT’ WHY, I CAN’T KEEP MY EYES OFF OF YOU… =-.

  2. salam nipi..
    hurm..
    kes facebook
    memg ramai da menggunakan mende alah ni sbg medium perhubungan..
    tapi aku rasa,hp ada,ym ada ,fs ada,gtalk ada,skype ada
    tak ke sume tu medium perhubungan juga??

    pendapat orang memang lain2..tp insyaallah aku dgn stand aku sndri..
    da pernah ada akaun fb lu,aku rasa xde pape pn yg berubah..hanya aku yg berubah dgn mengadap laptop lebih lama dan tgelak sorang..
    cmni lah yg yahudi nk…agar umat Islam sentiasa leka..menjauhi al Quran..

    kt blog aku ada gak cte pasl mende ni,dan ramai menolaknya dengan menggunakan hujah ustaz hasrizal..bukn aku menafikan kebenrannya,tp statement dia boikot mengharamkan apa yang halal cm kurang stuju a..walhal ulama yusuf qhardawi membenarkan boikot tentang isu bkaitan palestin..ikhwah kita tu..

    aku ada wt research skit pasl mende ni..ni la yg aku jumpa

    http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2421027

    http://www.aepi.org/site/pp.asp?c=geJQIUOwErH&b=2117027

    ni je aku mampu wat,sapa yg baca komen ni,sama2 la kita fikir..pk kn juga tentang nasib saudara kita di Palestin..wallahuallam

  3. FB tu bagus sebab dpt cari kenalan. terutamanya nk connect ngn ex-classmate, ex-coursemate, ex-Unimate..

    kalau bab game tu, naz rasa paling sesuai, jgn main semua tu. memang melekakan yg amat sangat.

    tepuk keyboard, tanya minda 😀
    .-= nazra´s last blog ..Besar punya kau punya?! =-.

  4. ohh..encik hanifi..
    mungkin perlu, mungkin tidak jugalah.
    sayapun ada fb. tapi cuma log in waktu yang perlu sahaja. ada banyak kuiz, course dan sebagainya, buat membanyakkan emel jer.. sumenye saya ignore-kan.

    tujuan utama mempunyai facebook cumalah berhubung dengan kwn2 yang dikenali jer. kwn2 lama.

    kalau nak wujudkan, boleh je. tapi pandai2lah hadkan penggunaan. dah ada blog pun dah cukup sibuk.

    gunakan facebook sebagai elemen dakwah, mungkin?

  5. tak tahulah yg israel2 tu.. tapi aku guna untk brhbg je, ya hp ada, ym ada, tapi kadang2 tak smua org kita ada kat ym, kat hp.. org yg aku tak add kot ym gtalk aku contact kot fb..

    bab melalaikan tu, yelah salah kita yang lalai, jangan salahkan bnda lain plak.. aku bukak fb pun jarang2 je time ada masa bukak..

    so klau nak guna untuk kebaikan guna jelah.. kalau tak nak bagi duit kat fb, jangan klik iklan tu, sbb tu sumber duit dia.. tu je..

    satu lagi aku rasa yg bwt dia tu yahudi yg tak amalkan israel.. klau ikut wikilah tak tahu gak.

    • @izzat aziz, hurm..ada klik link yg saya berikan di atas x??mayb ramai yang tak tahu,AIPAC(America Israel………)merupakan organization yg sbenarnya mengetuai Amerika..menguasai segala tindakan Amerika..dan Aepi merupakan pecahan AIPAC..yahudi tak amalkan israel??israel bukn suatu amalan..israel adalah sbuah “kononnya negara”..salah skit kot ayat tu..mayb leh dperbtol kn skit..

      • @aminbaek, —nk tambah lg skit,”kadang2 tak smua org kita ada kat ym, kat hp.. org yg aku tak add kot ym gtalk aku”

        rasanya klu nk suh add leh je kn..kita cari la emel dia..nk no hp dia,kita tnye la kwn2 kita..rasanya klu tnggu cmtu jek,memang a tak de..

        izzat,nk mintk maaf,bukn nk membangkang,tp inilah pe yg dirasakan..klu kita ske or nk mende tu,kita akan pertahankn,wpon kadang2 alasan kurg munasabah..afwan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge