Menipu cara SMS – 0136420956

Salam sejahtera buat semua.

Amaran sudah diberi, bahaya bertandang.

Cabaran bersambut, aku melayan.

Layan punya layan, banyak lah kau punya auta.

Aku tak tahan, aku terus terang je la.

Hehe.. merapu sikit. Rapuan di atas serba sedikit menerangkan kisah penipuan yang cuba dilakukan seseorang kepada diri aku. Alkisahnya bermula seawal.. (jap nak ingat balik..), pukul lapan malam, 13 Oktober. Amaran ini dikeluarkan oleh Bro Adi.

PERHATIAN: Jika ada Orang yang menggunakan no HP “0136420956” SMS kepada anda untuk meminta MYPOINT, atau minta topupkan HP dia, dengan alasan URGENT, terdesak dan sebagainya, jangan layan. Ini adalah Penipu dan dia bukan dari group prepaid4u. Siapa yang terkena tipu dengan dia ni, buat report polis je.

Mula-mula dapat amaran ni, rasa macam takkan terkena punya la kat aku (lagipun sibuk nak studi untuk test malam tu). Masa berlalu….

Sekitar pukul dua pagi, 14 Oktober, satu SMS masuk untuk beli MyPoint. Masa tu aku dah tidur sebab dah letoih studi. Bangun pagi tu pun tak layan sangat HP. Masa nak gi kelas batu perasan mesej tu.

Terdetik nak semak dengan number yang diberi Bro Adi. Sekali sebijik la pulak. Ingatkan nak buat dek je. Sekali masa jalan nak gi kelas tu sorang-sorang je sebab dah kena tinggal dek sahabat, aku balas balik mesej dengan guna nombor Celcom.

Aku jawab mudah je, “boleh je”. Sekali dia macam faham-faham la pulak kan. Terus je mintak nombor akaun. Aku balas lagi, “kalau setakat RM50 gi atm Maybank je la”.

Dia tanya balik aku. “Habis tu berapa?”. Aku rasa dalam hati dia dah hepi sangat sebab bakal dapat tipu banyak. Aku layan lagi. SMS tanya benda-benda lain sikit. Sekali aku tanya, “Mana dapat nombor ni?”. Dia cakap dah ada dalam HP dia.

Kepala hotak dia! Macam mana boleh ada pulak? Terus aku balas dengan lemah-lembut lagi baik hati…

“Ok, x pe la. Number saya ni bkn ada dlm hp awak pon. Num awak ni dah tersebar dah. Sori, nnt sy sebar num ni dalam tenet plak. Seronok SMS dengan awak. Nantikan edisi terjah drpd saya.”

(^_~)v

Lepas tu, senyap terus mangkuk hayun tu. Aku terus sebar nombor tu berserta mesej amaran dan peringatan kepada downline-donwline. Mana tahu mereka pun turut dihubungi.

Akhirnya, hari tu jugak aku beritahu kat Bro Adi dan laporan dibuat kepada syarikat. Hari tu juga buletin dan info tersebar dalam portal dan SMS.

Lepas tu, baru aku tahu yang toyol ni bukan je tipu cara SMS, tapi turut menipu dengan pelbagai cara lain. Memang dah tersebar habis dah nombor dia. Dengarnya, budak Pantai Timur (Terangganu atau Kelantan) dan masih bersekolah (16 atau 17 tahun). Ada satu forum tu siap tunjuk muka dia lagi. Tapi, sebab aku sendiri tak pasti, tak mahu la nak letak muka-yang-entah-siapa kat sini.

Nombor lain yang turut diguna oleh orang yang sama:-

0136420956
0179292038
0145422988

Sedikit pesanan, berhati-hati la dengan penipuan macam ni. Agen MyMode yang lain, mungkin anda juga akan didatangi oleh toyol ini. Laporan polis sedang dalam proses. Pernah kena saman, tapi tak pernah serik. Biar masuk penjara sekali, baru dia tahu.

Pautan lain untuk dibaca:

Awas ! Penipuan oleh pemilik 0136420956

Nombor Puaka 0136420956 – Menipu atas keredhaan

Kalau cari kat Google pun, banyak boleh jumpa. Selamat membaca!

beliamuda: nasib baik tak kena tipu… tapi aku pun takkan berurusan dengan dia kalau aku tak tahu pun dia tu penipu sebelum tu…

50 thoughts on “Menipu cara SMS – 0136420956

  1. well, kalau selalu aktif di forum2 biz internet ada saje scammers siput ni.. banyak lagi.. kononnya nak cpt kayo.. Hakikatnya mmg cepat tapi tak kekal lamalah.. Kan senang kalau pandai cari point utk biz. Kekal berpanjangan.. Hidup bahagian aman sentosa.. hehe..
    .-= Nikuve´s last blog ..Be honest person using Nuffnang =-.

  2. elok gak ko publishkan lagi pasal kisah ni bro. untuk peringatan pada yang lelain. Pada aku dalam 10 orang yg dia ‘usahakan’ mesti ada 2,3 orang yang akan kena tipu.

    kalau orang tua tak berani jugak nak buat kerja macam ni. Ni sebab kes budak bangang la ni yang stayle tak makan saman ni.

    bak kata satu posting di carigold:

    “Budak ni bukan terdesak duit, tapi dah memang kerjaya dia sebagai scammer.”

  3. aku terkena hari ni, dia reload RM155 ke number dia lepas topup epoint interbatnk hampir 1000 .

    dia ni memang SIAL!!!!!!!!

    • @man, ok, itu tak logik. Reload paling max kat Malaysia ni cuma RM100 je. Kalau dia reload number dia sendiri, itu bukan menipu. Itu namanya topup HP sendiri. (^_~)v

  4. bro beliamuda:

    apa yg tak logik pulak???
    logik la tu.

    modal point yg dia dapat hampir 1000, bangsat tu dah topup dgn cepat ke number dia RM155, aku tak citer detail sangat msg aku pertama tu, ok kat bawah ni aku detail kan la.

    aku pun tau maximum 100 topup kat malaysia ni. tp cara bangsat tu topup berkali2

    Rm155 aku dah totalkan:

    10/30/2009 9:36:40 AM 0145422988 0136420956 Celcom 5
    10/30/2009 9:46:41 AM 0145422988 0136420956 Celcom 50
    10/30/2009 10:02:29 AM 0173790392 0136420956 Celcom 100

    hrp mklum

  5. aku dapat info terbaru sikit

    anak haram ni baru tadi dia register topup biz , tak bankin, tapi claim
    ni number dia dan nama palsu yg dia guna serta IP ADDRESS

    phone register =0129486241
    time =3/November/2009 3:13:09 PM
    nama digunakan= MOHD SHARIF (nama ni mesti palsu)

    IP ADDRESS pada 3/November/2009 3:13:09 = 118.100.3.21 (DARI KUANTAN)

    masih aktif hari hari budak ni buat scam, haram jadah punya budak.

    Tolong la kalau ada geng yg kerja TM atau Telco , bleh detect mamat ni, bawak kat balai polis. tolong la kawan kawan
    Bnayak orang dia tipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge