Menipu cara SMS – 0136420956

Salam sejahtera buat semua.

Amaran sudah diberi, bahaya bertandang.

Cabaran bersambut, aku melayan.

Layan punya layan, banyak lah kau punya auta.

Aku tak tahan, aku terus terang je la.

Hehe.. merapu sikit. Rapuan di atas serba sedikit menerangkan kisah penipuan yang cuba dilakukan seseorang kepada diri aku. Alkisahnya bermula seawal.. (jap nak ingat balik..), pukul lapan malam, 13 Oktober. Amaran ini dikeluarkan oleh Bro Adi.

PERHATIAN: Jika ada Orang yang menggunakan no HP “0136420956” SMS kepada anda untuk meminta MYPOINT, atau minta topupkan HP dia, dengan alasan URGENT, terdesak dan sebagainya, jangan layan. Ini adalah Penipu dan dia bukan dari group prepaid4u. Siapa yang terkena tipu dengan dia ni, buat report polis je.

Mula-mula dapat amaran ni, rasa macam takkan terkena punya la kat aku (lagipun sibuk nak studi untuk test malam tu). Masa berlalu….

Sekitar pukul dua pagi, 14 Oktober, satu SMS masuk untuk beli MyPoint. Masa tu aku dah tidur sebab dah letoih studi. Bangun pagi tu pun tak layan sangat HP. Masa nak gi kelas batu perasan mesej tu.

Terdetik nak semak dengan number yang diberi Bro Adi. Sekali sebijik la pulak. Ingatkan nak buat dek je. Sekali masa jalan nak gi kelas tu sorang-sorang je sebab dah kena tinggal dek sahabat, aku balas balik mesej dengan guna nombor Celcom.

Aku jawab mudah je, “boleh je”. Sekali dia macam faham-faham la pulak kan. Terus je mintak nombor akaun. Aku balas lagi, “kalau setakat RM50 gi atm Maybank je la”.

Dia tanya balik aku. “Habis tu berapa?”. Aku rasa dalam hati dia dah hepi sangat sebab bakal dapat tipu banyak. Aku layan lagi. SMS tanya benda-benda lain sikit. Sekali aku tanya, “Mana dapat nombor ni?”. Dia cakap dah ada dalam HP dia.

Kepala hotak dia! Macam mana boleh ada pulak? Terus aku balas dengan lemah-lembut lagi baik hati…

“Ok, x pe la. Number saya ni bkn ada dlm hp awak pon. Num awak ni dah tersebar dah. Sori, nnt sy sebar num ni dalam tenet plak. Seronok SMS dengan awak. Nantikan edisi terjah drpd saya.”

(^_~)v

Lepas tu, senyap terus mangkuk hayun tu. Aku terus sebar nombor tu berserta mesej amaran dan peringatan kepada downline-donwline. Mana tahu mereka pun turut dihubungi.

Akhirnya, hari tu jugak aku beritahu kat Bro Adi dan laporan dibuat kepada syarikat. Hari tu juga buletin dan info tersebar dalam portal dan SMS.

Lepas tu, baru aku tahu yang toyol ni bukan je tipu cara SMS, tapi turut menipu dengan pelbagai cara lain. Memang dah tersebar habis dah nombor dia. Dengarnya, budak Pantai Timur (Terangganu atau Kelantan) dan masih bersekolah (16 atau 17 tahun). Ada satu forum tu siap tunjuk muka dia lagi. Tapi, sebab aku sendiri tak pasti, tak mahu la nak letak muka-yang-entah-siapa kat sini.

Nombor lain yang turut diguna oleh orang yang sama:-

0136420956
0179292038
0145422988

Sedikit pesanan, berhati-hati la dengan penipuan macam ni. Agen MyMode yang lain, mungkin anda juga akan didatangi oleh toyol ini. Laporan polis sedang dalam proses. Pernah kena saman, tapi tak pernah serik. Biar masuk penjara sekali, baru dia tahu.

Pautan lain untuk dibaca:

Awas ! Penipuan oleh pemilik 0136420956

Nombor Puaka 0136420956 – Menipu atas keredhaan

Kalau cari kat Google pun, banyak boleh jumpa. Selamat membaca!

beliamuda: nasib baik tak kena tipu… tapi aku pun takkan berurusan dengan dia kalau aku tak tahu pun dia tu penipu sebelum tu…

50 thoughts on “Menipu cara SMS – 0136420956

  1. huhu..nak cari makan guna cara belakang ni aku tak suka.. habaq mai kalo tadak kedit, kalo terdesak sangat aku boleh aih nak tolong topupkan, tapi kalau cara nak menipu camtu, pegi mam la dia..

  2. aku ada satu no, no ni tipu kot mudah.my,
    dia kononya nak jual barang murah2, lepas
    bayar dia tak hantar-hantar pun..
    kawan aku yang kena.. ni no dia
    0137556223 – sathesh kumar rasanya nama dia..
    harap ko dapat sebar.. klau bleh tolong sumpah seranah
    kat no ni.. korbankan sedikit sen untuk mesej kat dia
    ni, bagi sumpah2 yang teruk sikit..

    klau ko google no dia ni mesti ada yang dah bagitaw
    .-= izzat aziz´s last blog ..Phone function that shouldn’t exist – Call =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge