Perihal Acer Aspire 4920 dan DC++ (1)

Salam sejahtera buat semua.

meja-study

Nah, kali ni aku nak menceritakan perihal laptop aku seperti yang ditulis dalam tajuk di atas. Laptop aku tiada nama seperti kebanyakan rakan yang lain. Anggaplah entri ini sebagai mengimbau perjalanan aku bersama laptop Acer ku ini dan sedikit luahan mengenai kejatuhan DC++ secara total (ini hiperbola je).

Aku mula berkenalan dengan laptop ini semasa dalam semester pertama. Perkenalan yang tidak diduga semasa nak membeli laptop di kedai setelah peruntukan diluluskan. Aku tak memilih sangat nak pilih sebab ini adalah kali pertama aku memiliki laptop sendiri dan penggunaannya pun tidak pernah dibayangkan akan menjadi begitu penting (antara gajet terpenting yang aku guna).

Cukuplah denga mempunyai laptop ini untuk membantu aku menjalankan kerja-kerja berkaitan akademik dan juga untuk membolehkan aku mudah melayari internet (serta perkara-perkara sampingan yang lain.. (^_~)v ).

Kali pertama laptop ini diserang virus adalah beberapa hari sebelum hari raya korban tahun lalu. Tu pun sebab aku tak alert semasa mencucuk pendrive kepunyaan Mama. Kesannya, beberapa simptom tidak enak terjadi, namun dapat dibaiki kecuali satu, screensaver dengan password sudah tidak dapat berfungsi lagi (aku selalu guna fungsi ni sebab selalu je tertinggal laptop terbuka memanjang, tapi tak mahu la kan diganggu).

***

Record Open Time

Kali pertama marathon online tak tutup, maklumlah dapat wifi laju pulak tu…

***

Kali pertama laptop ini mengalami blue screen of death adalah pada semester kedua (setahun yang lalu). Terjadi semasa aku sedang dalam marathon tak tutup laptop selama lebih lima hari dan semasa sedang menonton muvi. Selepas itu terjadi lagi beberapa kali, semuanya semasa sedang menonton muvi.

Tak lama selepas itu, semuanya pulih semula. Cuma simptom beep yang tidak lekang menghiasi laptop aku (berbunyi setiap berapa jam ntah). Selalu juga terpadam terus semasa blackout sebab aku tak pasang bateri. Namun, laptop ini masih mampu menjalankan tugasnya.

Kejadian paling menyedihkan terjadi pada hari Selasa, 14 Julai 2009. Pada pagi tersebut, aku tergerak hati nak membelek-belek laptop terbaru. Saja nak usha apa spesifikasi laptop di pasaran sekarang.

Sebelah petangnya, awan mendung lagi gelap menyelubungi langit. Aku masa tu sedang leka menonton muvi Detective Conan 12 yang entah kali ke berapa. Dentuman guruh kali pertama tidak memberikan apa-apa kesan. Namun, dentuman kali kedua, kuat lagi membingitkan, telah merosakkan router DSL dan menyebabkan laptop terpadam. Bekalan elektrik turut terputus.

Pada masa tu, bateri ada terpasang. Keadaan pada masa tu sangat merunsingkan. Aku cuba menghidupkan laptop. Nasib baik masih boleh dibuka dan beroperasi seperi biasa. Terasa lega sedikit.

Sebalah malamnya, aku terperasan suatu yang janggal pada bahagian LED adapter LAN laptop aku. LED itu terus terpasang tanpa berkelip. Aku buka Device Manager dan melihat yang adapter LAN sudah tidak dapat dikesan lagi. Sepertinya ia sudah tiada lagi. Akhirnya, sah la memang ia telah rosak.

***

Record-open-time-17-8-09

Sekali lagi marathon, kali ni pun sebab wifi laju + LAN dah takde

***

Record-open-time-19-8-09

Dua hari lepas tu, Packets untuk Sent dah mencapai nilai menghampiri 99 juta. Lepas je 99 juta, berlaku sekali lagi blue screen of death sebab ada kegagalan pada adapter wifi… (bug maybe)

***

beliamuda: bersambung di entri seterusnya… rasa macam panjang la pulak…

Comments

19 responses to “Perihal Acer Aspire 4920 dan DC++ (1)”

  1. Adney Avatar

    Mak ai… 5 hari?

    Lamenye .. huhu

    Die rosak sbb merajuk la tu. X bagi die tido 5 hari 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @Adney, bukan lima hari.. tujuh hari sebenarnya.. hari ketujuh tak sempat nak screen shot.. hehe.. (^_~)v

      1. Motivasi Kerja Avatar

        @beliamuda, Ni memang tahap dewa lah surfing internet sampai 7 hari. Kalau manusia kerja 7 hari non-stop dah lama mati agaknya. Anyway semua dah ok kan?

        1. beliamuda Avatar

          @Motivasi Kerja, macam biasa la.. hidup segan mati tak mahu kot.. 😛

  2. d|n Avatar

    sejibik je laptop..
    ak pn x usha sgt spec time beli..huhu
    men bedal je..1st time..
    tp ak x kasik tdo pn..ok jer..hehe
    .-= d|n´s last blog ..BAJU mice..setel! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @d|n, mesti laptop power neh.. hehe~

  3. ikin Avatar

    kalo dah tak pasang bateri matilah laptopnye time blackout kan.. heheh. laptop saye sedang masuk wad sekarang. saye nak cakap ape sakitnye pon saye taktau. banyak sangat penyakit, dia pun pening nak simpankan nota2 kuliah ngan assignment untuk saye. Acer jugakk..tapi entahlah series ape.. ingatkan abah nak kasi laptop baru, heheh. tapi laptop buruk tu amat bergunalah.

  4. azizan4444 Avatar

    aku pon pakai acer je..acer pertama dikebas orang ditangan kawan..sedeyh..acer ke 2 masih bertahan dan x pakai antivirus.haha
    .-= azizan4444´s last blog ..Seleksi Hari Minggu #1 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @azizan4444, ada bran tak pakai av.. hehe, yang penting tahu nak handle kan..

      1. azizan4444 Avatar

        @beliamuda, aah bro..mcm ko ckp la..tau nk handle..hehe,tp klu xtaw nk sng je xnk pakai av..pakai je apple..

  5. safar Avatar

    virus berjaya aku atasi sekarang.
    laptop mungkin akan aku tukar.bingkai
    sudah rosak macam gambar dekat atas.

    Pernah tersambar dahulu.masa tu bukan
    pakai streamyx.

  6. Kobot Avatar

    Aku pun pakai acer juga, penah juga masuk wad sebab diserang penyakit hehe..
    .-= Kobot´s last blog ..Apply Google Adsense tapi Google tidak luluskan? =-.

  7. nazra Avatar

    mak aih punya lah lama marathon…nazak dia 😛
    .-= nazra´s last blog ..Perempuan busuk! =-.

  8. […] Habis sesi berkenalan tu, aku mula la tunjuk ajar yang tak seberapa. Dengan wifi yang sengal (sebab saya tak dapat guna LAN UTP), boleh la tunjuk […]

  9. ariff Avatar

    kalah aku marathon online.
    paling lama pun aku biat tak tutup pc ni 2 hari je
    .-= ariff´s last blog ..Mari Memasak Makaroni Goreng =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, huhu. dah takleh wat gitu dah sekarang. laptop dah tua.

  10. […] Sabtu minggu lalu, suatu hal yang tidak diduga telah terjadi pada laptop saya. Setelah simptom-simptom yang berlarutan hampir lapan bulan yang lalu, ianya mencapai tahap kritikal pada hari itu. Saya ceritakan di lain kali […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge