Banyak betul kenduri kahwin pada musim perayaan kali ni

Salam sejahtera buat semua.

sarung-cincin-1

Kredit: gudguy

Musim perayaan kali ni, banyak pulak kenduri yang diadakan, terutamanya kenduri kahwin. Rasanya, sejak hari raya kedua dah ada yang mula mengadakan kenduri.

Sebut pasal kenduri kahwin, dalam musim raya kali ini, ada seorang sepupu aku yang kahwin. Akad nikah pada malam raya ketiga, kenduri di pihak keluarga pengantin perempuan pada hari raya keempat iaitu semalam dan hari ini kenduri di pihak pengantin lelaki.

Agak kepenatan juga pihak keluarga lelaki sebab persiapan kenduri dilakukan secara konvensional. Langsung tidak menggunakan khidmat catering.

Bagus juga buat cara macam ni. Dengan bantuan saudara mara daripada jauh yang pulang beraya, bersama-sama bergotong royong menyempurnakan majlis kenduri. Dengan khidmat tukang masak tradisional, gulai kawah masa ni lah paling best.

Kebetulan pula raya tahun ni ramai yang bercuti seminggu, terutama guru (keluarga aku ramai berada di bidang pendidikan), memang banyak la kan kenduri yang diadakan. Sampai tak lepas tangan nak hadiri semua. Sampaikan tertanya-tanya, bilalah pula kenduri kahwin aku.. Hehe.. 😛

gulai kawah

Kredit: Ayah Wang

Bagaimana pula dengan pengalaman kenduri pembaca sekalian? Pengalaman bergotong-royong mengadakan kenduri ni dah semakin pupus ditelan kemodenan. Alasan paling biasa, kesuntukan masa. Apa-apa pun, gulai kawah memang best!

beliamuda: sekejap lagi nak gi tolong kat tempat kenduri sepupu aku ni.. selamat bekerja~

Comments

15 responses to “Banyak betul kenduri kahwin pada musim perayaan kali ni”

  1. nazra Avatar

    gulai kawah umbut pisang ke tu?

    ^__^
    .-= nazra´s last blog ..Raya : Salam Aidilfitri =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, yg guna kelapa tu panggil umbut gak ke?

      ~dalam loghat kelantan, dia punya istilah lain sikit..

      1. nazra Avatar

        @beliamuda, eh guna kelapa? tak tau la plak. selama ni naz mkn gulai kawah kt kedah, guna umbut pisang. atau org kedah sebut, gulai kawah batang pisang..

        kt kelantan nya istilah apa?
        .-= nazra´s last blog ..Lelaki : Wahai para penghisap rokok! =-.

        1. beliamuda Avatar

          @nazra, entah la.. mumbe kelapa pernah dengar?

  2. e Avatar

    OK kau bila lagi??
    .-= e´s last blog ..dah kerja =-.

    1. beliamuda Avatar

      @e, lambat lagi.. Mama tak bagi green light lagi.. haha~ 😛

      1. serikandi Avatar

        @beliamuda, hm,,lagi cepat..lagi bagus..:)_

        1. beliamuda Avatar

          @serikandi, insyaALLAH.

  3. ikin Avatar

    dua pupu saye yang rapat juga ada yang walimah hari ini(Jumaat), dan hari langsungnya esok (sabtu). tapi sayang, tak dapat hadir sebab malam ni sudah berada dalam bas. 🙁

    ahad dah ada kelas. khabarnya UTP hari Rabu baru start kelas?

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, ada urusan lebih penting, x pe..

      yup, UTP hari Rabu baru buka.. sebab cuti kali ni sekali dengan cuti midsem.. sayangnya, no study week untuk this sem~

  4. teh Avatar

    hari raye keempat yang lepas ada gak jumpa satu rumah tu wat majlis kahwin

    leceh la wat majlis awal2 raya ni.
    tak rase ke
    orang sibuk nak uruskan sedare mare nak datang umah dalam mase yang same nak kene tolong rewang kat umah jiran untuk majlis kawin lak
    .-= teh´s last blog ..Raya: Yang Best dan Yang Tak Best =-.

    1. beliamuda Avatar

      @teh, ada pro dan kontranya.. time raya cmni la senang nak kumpul sedara-mara.. tambah2 kalau sedara mara tu duk, kerja atau blaja kat negeri lain.. tpi, kalau kat kelantan ni, tak kisah sangat nak wat bila majlis kenduri ni.. tak kisahla hujung minggu ke, hari minggu ke.. iA, ramai akan datang..

  5. Adney Avatar

    Sedapnye la kalau dapat makan makanan owg kawin.. AKu jarang gi rewang2 ni sbb aku pun x taw nape.. aha.. aku rase sbbnye aku asyik dok depan laptop je kot. ngerr

  6. naz Avatar

    raya pertama pon rmai bwat kenduri kawin. semua nak tangkap tarikh 20092009. pelik betul. =(
    .-= naz´s last blog ..Eid : Batu Pahat, Kuala Klawang dan Gaza =-.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, ade je tarikh pelik sikit, sume nak amik.. nanti dah tak de alasan tak ingat ulang tahun.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge