Apabila Celcom mengalami masalah di seluruh negara

Salam sejahtera buat semua.

celcom_axiata_logo

Logo adalah hak milik CELCOM

Semalam, pengguna Celcom di seluruh Malaysia mengalami gangguan servis terutama dalam menerima dan membuat panggilan. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan kepada pengguna Celcom yang aktif menggunakan panggilan terutama di musim perayaan kali ni.

Setiap kali musim perayaan, pasti telco-telco diseluruh Malaysia akan mematikan sistem notifikasi SMS bagi mengelakkan kesesakan dan beban kepada sistem mereka. Pada masa inilah, jumlah penghantaran SMS akan meningkat berlipat berkali ganda. Pelbagai ucapan SMS akan dihantar sesama pengguna.

Pada malam raya tempoh hari, saya sendiri mengalami kesukaran untuk menghantar SMS menggunakan talian Celcom. Masalah sama turut dihadapi talian Maxis, tapi tidak seteruk talian Celcom. Tambahan lagi, berlaku kelewatan penghantaran SMS yang ketara pada talian Celcom.

Masalah dengan talian Celcom

Saya sendiri tidak perasan dengan masalah ini kerana sibuk dengan majlis kenduri kahwin sepupu saya sehinggalah semasa saya berada di rumah bapa saudara untuk berehat melepaskan lelah.

Pada masa itu, bapa saudara saya bertanyakan tentang line Celcom. Dia tidak dapat membuat panggilan telefon kepada rakannya yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Masa tu, saya tengok liputan Celcom ok je.

Selepas tiba di rumah lewat petang barulah saya tahu Celcom sedang mengalami masalah dengan sistem mereka [via twitter]. Nasib baik, sistem di kawasan saya berada pulih lebih awal. Sekitar pukul 6, panggilan telah dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Peningkatan lima kali ganda

Menurut kenyataan rasmi oleh CEO Celcom Malaysia Berhad, kegagalan ini berpunca daripada peningkatan lima kali ganda kadar penggunaan semasa Aidilfitri. Perkara ini menyebabkan masalah lebih muatan (baca: overloading) pada sistem nod rangkain yang seterusnya menyebabkan kehilangan isyarat (baca: signal).

Berikut adalah kenyataan penuh yang disiarkan secara popup dalam laman web rasmi Celcom.

With reference to the above, Celcom (Malaysia) Berhad would like to acknowledge that its customers nationwide had been experiencing some service interruptions in receiving and making calls within our network.
However, other services such as SMS, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD and calls to other networks and fixed line were not affected.
The failure was mainly due to heavy call volume which increased by 5 folds during the festive period. As a result, some of our major network nodes experienced a sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes.
It is really unfortunate that these nodes, located at two different locations namely Kepong and Perda, Seberang Prai were both affected at the same time.
As of 9.00pm 24 September 2009, service is being gradually restored nationwide and Celcom customers can now enjoy uninterrupted service once again. We sincerely apologize for any inconvenience that this has caused to all our customers.
YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad

Sepatutnya, pihak Celcom telah boleh mengjangkakan peningkatan kadar penggunaan. Saya pasti mereka sudah mempunyai statistik tabiat penggunaan terutama di musim perayaan. Sebagai salah satu telco terbesar di Malaysia selain Maxis, Celcom sepatutnya lebih bersedia dalam menghadapi peningkatan mendadak trafik di musim perayaan.

beliamuda: kalau dah guna dua nombor, Maxis dan Celcom, senanglah nak banding mana satu yang lebih bagus.. DiGi pula macam mana ya? Ada terjejas juga ke?

Comments

35 responses to “Apabila Celcom mengalami masalah di seluruh negara”

  1. Adney Avatar

    Aku rase ini disebabkan oleh peningkatan pengguna Celcom yang mendadak sejak pengenalan Upax..

    DIGI aku x pernah niat nak gune lagi..

  2. zulfitry.com Avatar

    celcom terbaeklah..aku ingat handset aku yang rosak..rupanya celcom yang bermasalah..
    .-= zulfitry.com´s last blog ..Kenapakah semua itu berlaku? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zulfitry.com, hehe.. nasib baik bagi terbaek kan.. 😛

  3. Kujie Avatar

    celcom wilayah utara terjejas sejak mlm raya sehingga hari selasa…susah betul nak contact ayah kt kampung…

    mlm tadi celcom kat area tengah pula…
    .-= Kujie´s last blog ..Tak perlu menjemput atau dijemput =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, main tukar2 tempat eh.. aish.. parah tol kalau benda keperluan macam komunikasi terjejas..

  4. farina Avatar

    betol
    betol
    betol
    kat ns pung x bole
    ngee
    (:
    .-= farina´s last blog ..makcik makcik 🙂 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @farina, 🙂

  5. Kak Long Mawar Merah Avatar

    Patutlah semenjak tengah hari semalam kak long tak boleh call mana-mana sampailah lepas maghrib baru okay.
    Ingatkan handphone kak long yang bermasalah..rupa-rupanya celcom.
    .-= Kak Long Mawar Merah´s last blog ..Minggu Raya =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kak Long Mawar Merah, ramai yang tak sedar ada masalah, sampaila masuk dalam paper~

  6. aleh49 Avatar

    tension tu..celcom prob.
    dah la pkai celcom jerk..
    .-= aleh49´s last blog ..Smoke brush =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aleh49, kalau pakai satu je, memang parah la… tambah2 kalau satu family pakai plan family nya pakej.. lagi parah..

  7. catzer Avatar

    Time raya2 beselah benda2 ni berlaku.
    .-= catzer´s last blog ..Tips Menghalau Pembaca Blog =-.

    1. beliamuda Avatar

      @catzer, memang biasa berlaku, tpi kalau dah seluruh negara terjejas, jadi havoc sikit la.. sampai kena announce dalam paper sume tuh..

  8. KNizam Avatar

    statement paling kelakar ‘kegagalan ini berpunca daripada peningkatan lima kali ganda kadar penggunaan semasa Aidilfitri”

    mcm la celcom baru ditubuhkan last year kan. x kan x boleh nak estimate masalah mcm ni. hampeh.

    1. beliamuda Avatar

      @KNizam, pengguna celcom juga eh? masih merangkak lagi celcom nak recover neh…

  9. ikin Avatar

    hmmmmmmmmmmm…memang takboleh guna talian biru-ungu ini semalam,sampaikan kawan abah dari Johor Baru sampai Nilai untuk menziarah pun tak dapat hubungi abah. waktu dapat dihubungi, kami sekeluarga berada di Cheras. takkan nak patah balik pula, kan.. semata-mata sebab talian ini..dah takdek jodoh, nak wat cemana..

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, kalau kes macam ni, memang kesian gak la.. tdi cikgu cerita, dia dalam rombongan kahwin.. nak kontek sume dalam perjalanan tu mmg payah giler.. ye la kan, mne la tahu sesat tgh jalan ke.. nak berhenti kat tmpt mne sume tuh..

  10. Wan Pai Avatar

    igt nk buang da henset,rupa2nya celcom yg wat hal..
    nsb baek ad no maxis..
    .-= Wan Pai´s last blog ..Raye weii…Raye!!!!!! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Pai, sapa nak bue nah.. gitu mo deh… hehe.. klu pakai duo nombor, x de masalah sangat.. yg pakai satu je yg sakit sikit tuh..

      1. Wan Pai Avatar

        @beliamuda, agak r..mmg kna stay paka 2 no r gtu..
        .-= Wan Pai´s last blog ..Raye weii…Raye!!!!!! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge